Nak Kahwin Tahun Ini,Tapi Duit Masih Tak Nampak Bayang? Lelaki Sila Praktikkan 13 Tip Ini.
Niat dihati ingin berkahwin tapi apakan daya duit simpanan belum mencukupi maka membujanglah kita sampai tabungan menjadi penuh. Tambahan pula kos perkahwinan yang tak masuk akal dan bertambah rumit jika pasangan kamu yang jenis ‘ high maintenance’. Tapi jika tidak bertindak dan hanya memberi alasan yang mengunung tinggi tiada gunanya jua.
Nah kami kongsikan 13 tip panduan bagi kamu yang ingin berkahwin tapi masih tidak mencukupi wang. Mungkin artikal ini memberi manfaat dan berguna buat kamu.
1- Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2- Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contohnya.
3- Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4- Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5- Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6- Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7- Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8- Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9- Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10- Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11- Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12- Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13- Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
Sumber : Harith Faizal