Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang, Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni
Jika ditanya dimana letakkan rasa sedap kuih karipap, selain rasa intinya yang lembut berasa, kurangupan kulitnya juga sangat mempengaruhi rasa. Jadi sebab ini juga, tidak hairanlah anak-anak kita kalau makan karipap akan dimakan bahagian sekeliling klim terlebih dahulu dek kerana kerangupannya.
Pun begitu, menyentuh tentang memastikan kerangupan kulit karipap ini ada orang memang boleh buat. Kalau biasanya hanya sedap ketika panas, namun petua yang dikongsikan oleh Sofea Hariss Firdaus karipap yang dimasak boleh kekal rangup hingga seharian.
Nak tahu apa tip dan petuanya, jom semak.
Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang
- Sukatan marjerin
Untuk 1 kilo tepung guna 1 cwn minyak dn juga 2 sudu majerin.gambar kat atas tu cik kelly bancuh untuk 2 kilo ok. Bila minyak dan majerin kita td dah panas.curah kn kt atas tepung tu.awass yer.panas yang amat ni.gaul pakai sudu dulu.
2. Jenis Tepung
Pakai tepung yang ini sahaja
3. Sukatan air
Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung
4. Guna air kapur
Ni la rahsia che kelly buat karipap rangup sampai petang.air rendaman kapur makan yg jernih macam ni.setiap 1 kilo tepung masukk an 2 sudu mkn air kapur
5. Cara buat mesti betul, Tepung td kita gaul kn . Lepas tu ltk air dan air kapur td.uli sampai jadi mcm ni.jangan risau kalau x licin.janji dah sebati.
Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik macam ni.x nak bagi kena angin.4 jam kemudian boleh la d gunakn untuk buat karipap.tujuan kita buat macam ni nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit.ini cara che kelly buat kulit karipap.lain orang lain caranya
Goreng panas2 Kalau nk buat frozen cukup goreng separuh masak.
sumber : Sofea Hariss Firdaus