Jangan Panik Bila Nak Exam, Cuba 6 Teknik Study Last Minute Setiap Pelajar Perlu Tahu
“Aduhai macam mana ni, baru aje habis ‘paper’ petang tadi. Tak sempat nak bernafas, esok ada ‘paper’ lagi. Semput aku nak study ni, dahlah banyak belum ‘cover’. Nanti gelabah, satu pun tak masuk dalam otak. Ada tips belajar ‘last minute’ tak?”
Memang gabra kalau tidak sempat hendak ‘cover’ semua silibus untuk peperiksaan. Takut kalau tak baca, tak boleh nak jawab ‘paper’ pula, lagi haru! Tapi mana sempat nak ‘cover’ semua dalam satu malam? Otak pun tepu nak masuk semua input sekali gus. Relaks. Jangan panik.
6 TEKNIK STUDY ‘LAST MINUTE’ SETIAP PELAJAR PERLU TAHU
Bagi yang terpaksa study ‘last minute’, bolehlah mencuba tips belajar ini. Ada 5 perkara yang perlu dilakukan menjelang peperiksaan.
1. LIHAT BALIK NOTA
Berbanding membaca kesemua isi kandungan dalam buku teks, disarankan membaca nota yang diberikan oleh guru/pensyarah kerana biasanya isi yang terkandung dalamnya tidak panjang lebar malah lebih ‘straight to the point’. Ia juga mudah difahami. Ada juga guru/pensyarah yang memberi nota berasaskan point yang penting dan selalu ditanya dalam ‘exam’.
Foto Kredit: weheartit.com
2. CARI INFO YANG PENTING
Sambil membaca nota, cari juga definisi perkataan yang penting, fakta-fakta penting, konsep yang berkaitan dan sebagainya. Tulis semula isi-isi yang dirasakan penting dalam kertas berasingan. Kadang-kadang anda akan mudah mengingati apa yang anda tulis. Dan bagusnya, nota kecil itu anda boleh guna keesokan hari.
3. BACA TOPIK YANG PENTING
Memandangkan agak mustahil untuk cover semua topik dalam satu malam, refer semula pada study guide. Bandingkan tajuk yang diberi dalam study guide dan buku teks. Biasanya guru/pensyarah hanya akan fokus pada tajuk yang penting. Jadi anda juga boleh beri tumpuan pada topik yang lebih dapat perhatian daripada guru/pensyarah.
4. SEMAK ‘KEY POINTS’
Apabila sudah kenal pasti topik yang penting, fahami isinya. Kemudian lihat mukasurat awal dan akhir, sambil itu cari kata kekunci berserta konsepnya.
Jadi anda dengan mudah memahami keseluruhan teks. Biasanya di akhir teks akan diberi summary dan jika ia berkaitan dengan formula, ia juga akan disenaraikan. Jadi, jangan lupa baca mukasurat akhir setiap topik ya!
5. ‘REVIEW’ SEPINTAS LALU
Selesai memahami satu topik, lakukan review sepintas lalu untuk mengetahui sama ada anda sudah menguasai topik tersebut dan jika ada formula, sudah mengingatinya. Beri markah pada diri sendiri apabila anda berupaya mengingati topik itu.
6. TIPS BELAJAR MENGHAFAL
Jika masih tidak berpuas hati dengan tahap penguasaan, boleh cuba kaedah menghafal. Antaranya:
- Mnemonic device: Ia adalah cara yang termudah untuk menghafal di mana ia mengguna kaedah singkatan huruf atau acronym seperti ROYGBIV untuk warna-warna pelangi dalam bahasa Inggeris.
- Pegs: iaitu menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu. Kaedah menghafal juga mudah dengan cara ini.
- Chunking: susun info dalam satu kategori. Misalnya dalam subjek Kewangan, ia meliputi stok, bon, fund dan sebagainya. Jadi bila berdepan dengan soalan Kewangan, anda akan ingat senarai di bawah kategori itu.
JANGAN ABAIKAN WAKTU TIDUR
Walaupun anda bersungguh-sungguh mengaplikasikan tips belajar ini, pastikan anda dapat tidur secukupnya menjelang peperiksaan. Ini kerana jika anda kurang tidur, badan mudah letih, tidak fokus malah punya potensi besar untuk membuat kesilapan sewaktu menjawab oalan kerana otak tidak dapat berfungsi sebaiknya.
Pastikan juga makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan salmon, kacang, coklat gelap, teh hijau dan jus delima yang kaya dengan protein, omega-3 serta fiber yang meningkatkan lagi keupayaan otak untuk berfikir.
Selamat berjaya!