Mudahkan Kerja Orang Lain

Kalau Kita Mudahkan Urusan Orang Di Dunia, Allah Mudahkan Urusan Kita Di Akhirat

Selalunya apabila kita makan di luar, jarang sekali kita membersihkan meja selepas usai menjamu selera. Mungkin masing-masing terfikir mengapa perlu membuat itu semua sedangkan kita sudah membayar dan bukan makan percuma jadi biarlah pekerja di situ sahaja yang membersihkannya.

Ya! Memang ramai yang berfikiran demikian namun sebenarnya kita boleh ubah mentaliti ini. Berikut perkongsian dari penceramah bebas Firdaus Wong atau bro Firdaus.

Saya menjadikan satu kebiasaan untuk anak-anak saya iaitu apabila kami makan di luar, akan kami kumpulkan sisa makanan dan bersihkan meja bagi memudahkan pekerja untuk membersihkannya. Pada awalnya mereka pernah bertanya: “Kenapa kita nak bersihkan semua ni Daddy? Kan kita dah bayar dan pekerja akan bersihkan nanti?”

Well, soalan mereka ini valid cuma saya terangkan; “Ya betul kita dah bayar dan akan ada orang akan bersihkan cuma sebagai Muslim kita dididik untuk memudahkan urusan orang lain dan apa salahnya kita bantu bersihkan sedikit untuk mudahkan pekerja membersihkannya nanti?

MULA KEMAS SENDIRI

Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga pernah sebut kalau kita mudahkan urusan orang di dunia, Allah mudahkan urusan kita di akhirat. Tambahan pula orang akan nampak kita sebagai Muslim ini pembersih dan suka membantu orang lain.”

Hari ini selepas mereka selesai makan, mereka pula kemas sendiri sambil berkata kepada saya; “Kan Daddy kata kita mudahkan urusan orang lain jadi kita bersihkanlah untuk mudahkan urusan orang lain. Kitakan Muslim.”

Alhamdulilah.. Mereka semakin faham. Moga usaha kita yang sedikit tetapi istiqomah ini akan membuahkan hasil dengan akhlak yang baik pada generasi akan datang. Allahuma Ameen. Mungkin sahabat semua juga boleh melakukannya bersama anak-anak nanti tetapi mulakan dengan diri kita sebagai orang dewasa ya…

Semoga amalan yang diterapkan oleh bro Firdaus ini kita cuba pula aplikasikan dalam kehidupan harian kita. Amalan yang baik itu wajar kita ‘perturunkan’ kepada anak-anak bagi membentuk generasi yang berhemah.

Sumber kredit: FB: Firdaus Wong Wai Hung

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: