2306 PITIH EMAS

Pitih Emas: Koperasi Permodalan Kelantan Berhad sasar 20,000 akaun melabur

KOTA BHARU, 23 Jun – Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (PKB) menyasarkan 20,000 akaun membuat pelaburan emas digital membabitkan jumlah pembelian RM2.5 juta menerusi aplikasi ‘Pitih Emas’ pada tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed berkata, pelaburan emas serendah RM10 itu mampu membantu masyarakat mengukuhkan kewangan selain beri pulangan jangka panjang.

“Perkara ini kita boleh bawa kepada produk yang lain seperti untuk dompet digital yang sekarang boleh menyimpan emas ataupun kita hendak ke Ah-Rahnu sekarang pun cagarannya dalam emas mungkin selepas ini boleh dibuat secara dalam talian.

Inilah peluang untuk kita tebus pasaran lebih luas,” katanya di sini selepas Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan.

Beliau berkata, pelaburan berkenaan layak dan terbuka kepada semua pihak dan bukan terhad kepada ahli koperasi.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed berkata, pelaburan itu membolehkan semua masyarakat berpeluang membuat pelaburan emas terutama bagi membantu masyarakat mengukuhkan kewangan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Selain itu katanya memberi pulangan jangka panjang kepada pelabur.

Menurutnya, pelancaran aplikasi pelaburan emas secara digital patuh syariah yang dikenali sebagai ‘pitih emas’ merupakan pelaburan kali pertama diadakan di Kelantan.

“Pelaburan emas serendah RM10 membolehkan semua lapisan masyarakat untuk melabur dalam simpanan emas dan boleh mengeluarkan emas yang dibeli, namun harus meninggalkan baki RM10 dalam akaun Pitih Emas.

“Pitih Emas juga menawarkan pendapatan tambahan buat ejen yang berdaftar di bawah Koperasi Permodalan Kelantan Berhad dalam ‘Affiliates Program’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran pelaburan emas digital ‘Pitih Emas, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif ACE Innovate Asia Berhad, Go Yong Chang dan Yang Dipertua Koperasi Permodalan Kelantan Berhad, Ramilan Abdul Rahman.

Mengulas lanjut katanya, Koperasi Permodalan Kelantan Berhad memberi keutamaan kepada koperasi-koperasi di Pantai Timur semenanjung Malaysia untuk menjadi ‘affiliates’ mereka.

Selain itu, aplikasi ini turut memudahkan pelanggan membuat transaksi jual beli tanpa perlu ke premis yang menjual emas kerana ia boleh dibuat menerusi aplikasi sesawang www.pitihemas.com.my

Sumber: Berita RTM

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: