Nasi Goreng Cendawan Shitake

Nasi Goreng Cendawan Shitake, Sesuai Untuk Anak Sebab Tak Pedas!

Mari cuba buat Nasi Goreng Cendawan Shitake jika tiada idea untuk menyediakan sarapan di waktu pagi atau hidangan di waktu malam.

Nasi Goreng ini merupakan salah satu makanan tempatan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja terdapat di restoran melayu dan thai malahan ada juga sesetengah restoran cina yang menjualnya.

Ini kerana, banyak khasiat cendawan yang dapat diperoleh daripada hidangan tersebut. Kombinasi sayur cendawan dan bahan-bahan yang lain memberikan rasa dan aroma yang lebih mengiurkan.

Bagi yang bosan asyik makan juadah yang sama, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah dari perkongsian Cik Puan Nur Fairuza ini. Pasti puas hati.

NASI GORENG CENDAWAN SHITAKE

Sebab dekat rumah ada banyak stok cendawan shitake fresh, jadi saja cuba resepi ini, memang sedap dan healthy, sesuai untuk anak sebab tak pedas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 bawang merah/besar*
  • Ikan bilis sejemput*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Cili padi* (optional)
  • Daging/ayam/udang
  • Cendawan shitake yang dihiris
  • Sayuran: kacang panjang, lobak merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Mushroom seasoning

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.

2. Letak sos tiram dan seasoning, gaul lagi

3. Masukkan daging/ayam/udang. Gaul sampai masak.

4. Masukkan pula sayuran: cendawan shitake, kacang panjang, atau apa saja sayuran. Gaul sampai layu/masak

5, Masukkan nasi. Gaul sampai sebati.

6. Siap! Saya tak tambah garam pun, sebab sos tiram dan seasoning tu dah memadai. Tapi ikut suka kalau nak tambah garam.

Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Cendawan Shitake ini.

Sumber: Facebook Nur Fairuza

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: