Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak

Jus Bayam Untuk Tambah Zat Besi Anak, Sedap & Si Kecil Pasti Suka!

Masalah kekurangan zat besi sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu bernama Wawa Shauqi. Bagi memastikan si kecil kekal sihat dan bertenaga, beliau memberikan jus bayam buatan sendiri.

Bayam mengandungi vitamin C,K,A, kalsium, serat, magnesium dan zat besi. Semua nutrisi itu baik untuk tumbesaran otak si manja.

ANAK KEKURANGAN ZAT BESI, IBU BUAT JUS BAYAM

Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.

Sorang demi sorang doktor datang. Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi.

Waktu tu saya kesal juga. Kalau ikutkan, saya memang menjaga makan anak. Tiap 4 jam, mesti kena makan. Nak makan candy pun, sehari sebiji dua sahaja. Itu pun selepas makan nasi sahaja.

Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu boleh menyebabkan badan susah nak serap iron. Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.

Kekurangan zat best boleh menyebabkan:

  • Masalah tingkah laku
  • Ganggu perkembangan otak
  • Kurang selera makan
  • Kerap penat
  • Muka pucat
  • Tumbesaran terganggu

Jadi sangat penting dan perlu rajin untuk pelbagaikan makan anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur. Balik dari hospital, terus saya semangat.

Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya. Pengambilan vitamin C juga boleh membantu tingkatkan penyerapan iron.

Selain itu, saya bagi jus baby bayam. Kalau dah dikisar, mesti anak-anak suka. Boleh campur dengan buah epal, mangga atau beri.

Memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, bertenaga dan tak selalu mengadu letih.

Ibu ayah kena cuba bagi anak jus baby bayam mulai sekarang. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: