Tips Ajar Anak Ke Tandas

Tips Ajar Anak Ke Tandas, Ibu Ayah Kena Alert 2 Perkara Utama Ini

Ajar anak ke tandas bukanlah satu perkara mudah sehingga ada yang putus asa mencuba. Hal ini kerana mungkin teknik digunakan tidak bersesuaian dengan si kecil.

Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebook, ibu ayah hanya perlu peka dengan dua perkara. Barulah si manja mahu ke tandas.

TIPS AJAR ANAK KE TANDAS, MUDAH JE SEBENARNYA

Jangan tanya, ”nak pergi tandas tak?”

Kebanyakkan masa anak akan jawab tak nak atau tak mahu. Terutama ketika dia tengah seronok bermain atau tengok tv.
Seeloknya kita yang kena alert dua perkara ni.

1. Tanda tanda anak nak kencing

Contoh tanda tengok si anak sedang kepit alat sulitnya, terkinja kinja atau mundar mandar tak boleh duduk diam. Perhatikan betul betul kerana lain anak lain tandanya.

2. Alert dengan masa

Bagi anak bawah 1 tahun purata saiz pundi kencing mereka adalah 1-2 auns. Jadi, tempoh pundi kencing penuh adalah selama 1 jam tambah tolak.

Usia 1 hingga 3 tahun purata saiz pundi kencing budak dalam 3-5 auns. Jadi, tempoh pundi kencing untuk penuh adalah selama 2 jam tambah tolak.

Purata saiz pundi kencing di usia 4hingga 12 tahun pula ialah 7 hingga 14 auns. Jadi, tempoh pundi kencing mereka penuh adalah sekitar 2 hingga 4 jam

Alert dengan masa bermakna cukup masa pundi kencing mereka penuh terus kata macam ni,

“Adik jom kencing”

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa di luar sana. Memang tak mudah tapi jangan putus asa.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: