Jangka Hayat Mesin Basuh Baju Tahan Lama

Kalau Nak Jangka Hayat Mesin Basuh Baju Tahan Lama, Anda Kena Buat 6 Perkara Ini

Salah satu peralatan yang wajib ada di dakam rumah adalah mesin basuh. Jadi, pemilihan mesin basuh yang mempunyai fungsi yang lengkap serta tahan lama adalah sangat penting kerana harganya yang mahal. Namun, untuk memastikan mesin basuh tahan lama bukan sekadar itu sahaja kerana ia perlu dijaga dengan rapi!

Bagi memastikan mesin basuh di rumah anda mempunyai jangka hayat yang lebih lama, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan supaya anda tak perlu tukar mesin basuh baju ini setahun sekali. Ini tips dari seseorang yang pernah bekerja di bahagian ‘electrical maintanance’.

TIPS JAGA MESIN BASUH TAHAN LAMA

Pagi-pagi ini duk saja-saja terasa nak bagi tips sikit. Cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.

1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut recommended pengeluar mesin.

2. Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebeb terlalu lama dalam keadaan standby, computer board akan menjadi smakin panas. Lepas keluarkan baju off suis soket.

3. Dalam sebulan sekali masukan air panas kira-kira lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.

4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sbelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tiada, upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar RM10-20 sahaja.

5. Andai kata air masuk semakin slow, buka bahagian paip air masuk dekat situ ada filter mungkin tersumbat.

6. Jika air masuk okay tapi air keluar tak boleh, bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya.

Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board. Cermat menggunakan peralatan elektrik dan memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan tersebut yang tinggal dalam rumah kita. Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan?

*Selamat menjaga mesin basuh baju di rumah!

Sumber: Idea Deko Rumah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: