Cara Berdepan Dengan Pasangan Yang Kuat Berahsia, Elak Jadi Pemusnah Hubungan!
Sejak kebelakangan ini, anda sering perhatikan tindak tanduk pasangan yang lebih diam dari biasa. Bila ditanya, semuanya baik-baik sahaja dan anda mempunyai firasat bahawa dia menunjukkan ciri-ciri berahsia dengan pasangan. Adakah dia curang?
Ini merupakan persoalan yang sering bermain di minda apabila pasangan kuat berahsia bahkan menjadi punca kepada pergaduhan yang berlaku setiap hari. Bagaimana cara nak berdepan dengan pasangan yang kuat berahsia ini?
TANDA DAN KENAPA KUAT BERAHSIA DENGAN PASANGAN?
Pasangan anda menjadi pendiam secara tidak biasa sejak beberapa hari lalu. Apabila anda bertanya sama ada semuanya ok, pasangan anda menegaskan tidak ada yang salah. Tetapi jelas, ada. Adakah anda menolak isu itu, atau membiarkannya berlalu?
1.Terlampau berahsia sabotaj hubungan
Secara umum, selain ada ‘surprise party’, rahsia boleh menghakis kepercayaan sesuatu hubungan. Selalunya, rahsia menimbulkan syak wasangka dan rasa tidak selamat, dan mewujudkan konflik. Namun, ada juga privasi pasangan yang tidak ingin dibincangkan seperti trauma masa lampau.
Walau apa pun alasannya, cabarannya ialah menentukan bila sesuatu rahsia itu patut ‘dikejar’ apabila pasangan anda jelas tidak berminat untuk berkongsi.
2.Mengelak dari berbincang sesuatu topik
Ramai orang yang berasa tidak selamat dalam hubungan tidak mungkin akan berkongsi rahsia yang mendalam dan gelap dengan pasangan. Sebaliknya, rahsia ini akan mendorong pasangan untuk menghadkan perbincangan kepada topik yang lebih “selamat”.
3.Pernah dikongkong
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ini juga boleh menjadi punca kepada kenapa pasangan suka berahsia. Pasangan anda mungkin telah membesar dengan ibu bapa yang mengawal dan tidak digalakkan untuk bersuara. Jadi dia sudah terbiasa menyimpan sesuatu untuk dirinya sendiri.
APA PERLU ANDA BUAT? BIARKAN ATAU BERDEPAN?
Adakah anda perlu bertanya kepada pasangan tentang mengapa mereka menyimpan rahsia itu atau menunggu sehingga mereka memberitahu anda, atau adakah anda perlu melupakan semuanya? Ini merupakan tiga langkah yang boleh anda lakukan:
#1 Jangan terlalu konfrontasi dan ‘straightforward’
Anda boleh mengambil pendekatan berorientasikan penyelesaian. Jika anda mula menyalahkannya, dia mungkin tidak akan memberitahu mengapa dia berahsia. Sebaliknya, fikirkan bagaimana anda boleh membantu pasangan menerangkan tingkah lakunya.
#2 Jangan menyampah bila pasangan selalu berahsia
Apa yang anda boleh lakukan adalah beritahu pasangan bagaimana ‘rahsianya’ mempengaruhi anda. Tidak perlulah asyik beritahu pasangan jika anda sentiasa merasakan pasangan anda menyembunyikan sesuatu, anda mungkin mula berasa jengkel.
#3 Dapatkan kaunseling pasangan, jika keadaan tidak terkawal
Ada ketikanya, mungkin pasangan anda lebih selesa bercakap dengan kaunselor atau orang yang lebih pakar. Bukan itu sahaja, mereka juga fikir yang meluahkan rahsia dalam sesi kaunseling juga boleh membantu dalam mendiagnosis penyakit dan menyelesaikan masalah.
*Terdapat perbezaan besar antara menyembunyikan hubungan sulit, keadaan perubatan yang memalukan, atau jenayah. Walau bagaimanapun, tidak kira apa rahsia itu, kajian menunjukkan bahawa rahsia dalam perhubungan boleh mewujudkan konflik.
Sumber: Femina, Psychology Today