Resepi CIRENG Garing Dan Lembut Oleh Tokti

Penangan Tokti Buat CIRENG Garing & Lembut, 1 Malaysia Turut Terjebak! Ini Resipinya…

Dek penangan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra disapa Tokti membuat cireng, habis satu Malaysia terpengaruh sama nak mencubanya. Disebabkan itu, penulis juga ingin berkongsi kepada pembaca SirapLimau resepi cireng yang merupakan makanan ringan popular orang Sunda.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Nija Lim setelah dia mencubanya lebih dari lima kali! Malahan, Nija Lim juga berkongsi tips untuk cireng tidak diserap minyak dan tidak melekat pada kuali. Jom ikuti resipi cireng di bawah!

RESEPI CIRENG

Terpengaruh dengan Tokti. Terliur sangat! Setiap minggu gian nak ulang makan CIRENG.Rangup di luar, liat-liat lembut di dalam. Rasa bawang putih yang sedap. Cicah pula dengan sambal kicap petis. Marvelous!

Resipi langkah-langkah ada di setiap gambar. Insya Allah, menjadi. Resipi ini telah dieksperimen, ditambah ditolak dan ditapis lebih dari lima kali. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung ubi kayu
  • 2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit seasoning
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Sedikit daun bawang

Langkah-langkah:

  1. Mula-mula, cincang bawang putih dan hiris halus daun bawang.
  2. Masukkan air ke dalam tepung ubi di dalam kuali dan kacau sebati tanpa buka api.
  3. Kemudian, buka api sederhana dan kacau tepung sampai bergumpal jernih.
  4. Setelah itu, pindahkan ia ke luar ke dalam bekas lain dan tambahkan sedikit tepung ubi kayu.
  5. Uli-uli sedikit sampai bersalut tepung. Makin lama, rupa adunan akan bertukar sedikit putih.
  6. Seterusnya, carik-carik adunan ikut saiz dan bentuk yang anda mahukan.
  7. Selepas itu, tekan-tekan adunan yang dicarik dengan lebihan serbuk tepung ubi kayu yang ada supaya ia tak melekat.
  8. Bila dah sudah, boleh lah goreng dengan minyak yang banyak dan cukup panas.
  9. Dah garing di bahagian bawah, baru terbalikkan.
  10. Apabila ia kelihatan cukup garing, kekuningan dan kembung-kembung baru boleh diangkat. Kena betul-betul garing, kalau tak ia akan melekat dan serap minyak.

RESIPI SAMBAL KICAP PETIS

Bahan-bahan & cara penyediaan:

  • Gula gerek
  • Kicap manis
  • Garam
  • Petis udang
  • Cili kisar
  • Air sedikit
  1. Masak bahan-bahan tersebut dengan mengacaunya sehingga ia sedikit pekat.
  2. Kemudian, rasa sambal kicap petis mengikut kesesuaian sendiri seperti rasa manis kepedasan.

Sumber: Nija Lim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: