Bagaimana JDT Boleh Menjadi Juara Liga Super 2017?
JDT sekarang mendahului carta liga selepas perlawanan ke-13 dengan perbezaan 6 mata dengan tempat ke-2 dan ke-3. Namun, Liga Super masih mempunyai baki 9 perlawanan lagi. Beza 6 mata masih lagi mampu dikejar oleh pasukan lain.
Pada permulaan liga, JDT tidak mensasarkan apa-apa piala untuk musim ini. Tetapi dengan pembelian pendahulu penjaring terbanyak Liga Super musim ini seperti akan ada perubahan sasaran. Terbaru, di fanpage JST ada mengesahkan bahawa JDT akan mengejar rekod baru memenangi Liga Super ke-4 berturut-turut.
Bagi kami, rekod itu tidak mustahil untuk berlaku. Cuma, setiap pemain kene bersungguh-sungguh untuk setiap permainan dan penyokong perlu terima 3 mata adalah segalanya walaupun corak permainan bola sepak yang negatif perlu ditampilkan.
Mesti mengumpul mata penuh di Stadium Larkin
JDT mempunyai hanya 4 perlawanan di tempat sendiri dari baki 9 perlawanan Liga Super. Bermain dihadapan penyokong sendiri, JDT mestilah memperolehi kemenangan dalam keempat-empat perlawanan tersebut. Dengan ini JDT boleh mendapatkan 12 mata lagi dari Stadium Larkin.
Berikut adalah empat perlawanan Liga Super yang akan berlangsung di Stadium Larkin:
01/07/2017 – Sabtu – JDT vs Pulau Pinang – Liga Super Matchday #14
15/07/2017 – Sabtu – JDT vs Sarawak – Liga Super Matchday #16
26/07/2017 – Rabu – JDT vs Perak – Liga Super Matchday #18
20/09/2017 – Rabu – JDT vs Kelantan – Liga Super Matchday #20
Tidak boleh kalah di Stadium Darul Makmur
JDT akan menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada 11/07/2017. Ini merupakan pertemuan ke-4 dalam tahun ini dan kunjungan terakhir JDT ke Stadium Darul Makmur berakhir dengan kekalahan 3-1 dalam Piala FA yang lepas.
Kekalahan akan menyebabkan JDT kehilangan 3 mata dan Pahang dan Kedah semakin menghampiri JDT untuk berada dalam carta Liga Super. Maka seri mungkin akan menjadi keputusan yang adil disebabkan Pahang merupakan pasukan yang kuat dan ‘finalist’ Piala FA 2017. Kemenangan adalah satu bonus buat JDT.
11/07/2017 – Selasa – Pahang vs JDT – Liga Super Matchday #15
Mencari 3 kemenangan di perlawanan ‘away’ yang lain
Jika JDT hanya seri ketika menentang Pahang, JDT perlu mendapatkan 3 kemenenangan daripada 4 perlawanan ‘away’ dibawah ini. Kami cadangkan pilihlah 3 perlawanan yang pertama dan pada perlawanan terakhir kita hanya berangkat ke Stadium Darul Aman untuk mengangkat Piala.
22/07/2017 – Sabtu – T-Team vs JDT – Liga Super Matchday #17
05/08/2017 – Sabtu – Selangor vs JDT – Liga Super Matchday #19
30/09/2017 – Sabtu – Felda United vs JDT – Liga Super Matchday #21
21/10/2017 – Sabtu – Kedah vs JDT – Liga Super Matchday #22
Sifir mudah menjadi juara
Tanpa menghiraukan keputusan perlawanan pasukan lain, JDT hanya perlu mencari 7 kemenangan dan 1 seri untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super untuk tahun ini. Tetapi hanya dengan 7 kemenangan boleh memberikan kejuaraan kepada JDT dengan syarat mempunyai perbezaan gol tertinggi.
Namum, JDT boleh juga menjadi juara liga dengan 6 kemenangan dan 1 seri jika JDT menang keatas Pahang dan Pahang menang keatas Kedah. Lebih manis kejuaraan itu akan disahkan semasa perlawanan menentang Kelantan di Stadium Larkin.
Kesimpulan
Liga Super akan bersambung pada bulan Julai dengan 5 perlawanan, 3 di Stadium Larkin dan 2 di tempat lawan. Tiada perlawanan Piala AFC dalam bulan ini cumanya perlawanan Piala Malaysia akan bermula. Diharap JDT memberikan fokus yang lebih pada perlawanan Liga Super.
Kami mengharapkan JDT akan mencapai piala ini dan mencipta rekod baru lagi dengan menjadi juara Liga Super untuk kali ke-4 berturut-turut. Akhir kata, semoga bermain bersungguh-sungguh demi lencana didada.