Video: 3 Tahun Lepas, JDT Mencatatkan Kemenangan Setelah Ketinggalan 0-2 Seawal Minit Ke-17
Adakah anda masih ingat perlawanan antara JDT dan Terengganu yang berlangsung 3 tahun yang lepas di Stadium Larkin? Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada JDT dengan keputusan 4-3. Namun, ia merupakan satu perlawanan yang mendebarkan dan JDT berjaya melakukan ‘comeback’.
Terengganu berjaya mendahului tuan rumah seawal minit ke-4. Penyokong JDT semakin berdebar apabila JDT ketinggalan dengan 2 gol selepas minit ke-17. Namun 2 gol dari Diaz melegakan penyokong JDT seterusnya menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, JDT tidak menunggu lama untuk mendahului dengan menjadikan kedudukan 3-2 hasil jaringan Mahali Jasuli. Diaz berjaya melengkapkan hatrik pertamanya bersama JDT pada minit ke-53. Namun, Terengganu seperti enggan mengalah dan berjaya mendapatkan gol ketiga pada minit ke-84.
Situasi menjadi semakin mendebarkan. Keputusan seri pastinya mahu dielakkan untuk terus mencerahkan peluang mencapai Piala Liga Super buat kali pertama. Tinggal lagi 3 perlawanan Liga Super selepas perlawanan ini. Akhirnya, wisel penamat ditutupkan dan kemenangan 4-3 buat JDT. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah.
Video perlawanan
Baca juga: Senarai Lengkap Perpindahan Pemain JDT II Musim 2017