Piala Malaysia 2017 JDT Ulisses Morais

Perlawanan Menentang Selangor Hanya Untuk Menjadi Juara Kumpulan, Bukan Misi Balas Dendam

Pengendali Johor darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais menjelaskan aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia antara pasukannya dan Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok, bukan perlawanan untuk membalas dendam.

Sebaliknya JDT bertekad untuk meraih kemenangan bagi memenuhi sasaran untuk menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas.

“Ini bukan perlawanan untuk membalas dendam selepas kita tewas dua kali kepada Selangor 2-3 pada saingan Piala Malaysia, 18 Julai lalu dan tewas 1-2 pada aksi Liga Super, 5 Ogos lalu, sebaliknya kami ada sasaran iaitu mahu menamatkan saingan kumpulan di tangga teratas.

[AdSense-B]

“Kita tidak boleh tewas lagi kepada Selangor dan setiap pemain yang akan diturunkan harus memberi persembahan terbaik kerana perlu guna kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencipta kemenangan,” kata Morais hari ini.

Morais mengakui JDT sudah menempatkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim ini, namun tetap mengidamkan untuk mengakhiri saingan kumpulan dengan kemenangan bagi kekal di tangga teratas.

Yang pasti pertembungan JDT dan Selangor tampak menarik tatkala masing-masing mengumpul 10 mata dan kelebihan memihak skuad Harimau Selatan yang berada di tangga teratas dengan kelebihan jaringan dan kesempatan beraksi di laman sendiri tidak harus dilepaskan.

Bagi memenuhi sasarannya itu, Morais akan menurunkan kesebelasan terbaik ketika berdepan skuad kendalian P Maniam yang pasti akan turun habis-habisan.

[AdSense-B]

“Sepanjang tempoh rehat ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), baru-baru ini, saya meneruskan latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang dua kelab dari Singapura dan kedua-dua perlawanan itu menunjukkan peningkatan terhadap kualiti permainan setiap pemain JDT.

“Tidak dinafikan, Selangor adalah pasukan hebat. Kami tidak boleh ambil mudah dan perlu lebih agresif apabila menentang pasukan itu yang memiliki barisan pemain yang berkualiti,” katanya.

selangor vs jdt amri yahyah

Morais juga menegaskan walaupun tanpa kelibat Marcos Antonio yang mengalami kecederaan dan khidmat pemain itu tidak dapat digunakan sehingga berakhir saingan liga, beliau optimis pemain yang sedia ada mampu menggalas tugas untuk beraksi di posisi pertahanan.

[AdSense-B]

Katanya, gandingan pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, Junior Eldstal dan Mohd Fadhli Shas mampu beraksi di posisi pertahanan tengah untuk membentuk benteng yang ampuh.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: JDT vs Selangor: 4 Perkara Yang Menunjukan Selangor Sukar Dikalahkan di Larkin

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: