Raul Longhi Mahu Jdt Banyak Gol

Raul Longhi Mahu JDT Jaringkan Lebih Banyak Gol

Biarpun berjaya mencatatkan jaringan besar dengan membaham Negeri Sembilan 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Raul Longhi mahu pemainnya menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan akan datang.

Dia yang nyata berpuas hati dengan keseluruhan aksi anak buahnya akan melakukan sesuatu untuk memantapkan lagi persembahan pasukan itu menjelang perlawanan berikutnya menentang Selangor di tempat lawan, 12 Mei ini.

[AdSense-B]

“Kita akan terus fokus untuk memantapkan lagi persembahan pasukan dan cuba untuk dapatkan gol sebanyak mungkin selepas ini. Tahniah kepada pemain kerana berikan persembahan terbaik walaupun di tempat lawan,” kata Longhi.

“Gol pertama pada awal permainan bukan saja dapat memberikan suntikan semangat kepada pemain, malah membolehkan mereka mengatur gerak dengan lebih baik bagi menambah gol.

“Ternyata mereka tidak mensesia-siakan harapan saya untuk mendapatkan tiga mata pada malam ini (malam tadi) dan saya puas hati dengan komitmen yang diberikan semua pemain.

“Saya juga lihat Safawi (Rasid) sangat bagus dalam serangan pada malam ini sama ada dari sebelah kanan atau kiri.”

Susulan kemenangan itu, JDT terus mengukuhkan lagi cengkaman mereka di persada  liga selepas mengumpul 24 mata hasil lapan kemenangan.

[AdSense-B]

“Kita ada ramai pemain berkualiti dan mereka adalah nadi kepada kekuatan pasukan. Kita harap pemain dapat kekalkan momentum kemenangan ini pada perlawanan akan datang dan kepada beberapa pemain muda lain seperti Syafiq (Ahmad) diharap akan dapat tingkatkan lagi prestasi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: JDT Puas Ratah Negeri Sembilan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: