Ghaddar

Ghaddar Mahukan Kelebihan Di Bawa Balik Ke Johor

 

Bintang JDT Mohammed Ghaddar sedar bahawa perlawanan malam ini hanya akan berakhir selepas 180 minit. Walau bagainapun Ghaddar membayangkan akan kesukaran sekiranya JDT tewas malam ini.

Ghaddar kembali ke padang yang menjadi kebiasaannya menjaringkan gol. Tapi kali ini ianya dengan pasukan yang berbeza.

[AdSense-B]

Pada bulan Mac yang lalu ketika Ghaddar masih bersama Kelantan, gandingan Ghaddar dan Badhri Razi menghasilkan kesan yang hebat kepada pasukan ‘The Red Warrior’ yang memperlihatkan pemain kelahiran Lubnan ini menjaringkan ‘hatrick’ dalam membantu Kelantan menewaskan Perak di Stadium Ipoh ini.

Ghaddar 1

Sekarang setelah 7 bulan berlalu, Ghaddar berharap dapat mengulangi persembahan sempurna beliau bersama JDT apabila mereka akan bertemu Perak dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia.

Dengan 5 gol yang dijaringkan Ghaddar dalam kempen Piala Malaysia setakat ini. Ghaddar ingin memberikan fokus dalam membantu pasukan JDT layak ke perlawanan akhir.

[AdSense-B]

“Ianya perlawanan yang berbeza. Sekarang JDT,  dulu Kelantan dan ini merupakan perlawanan separuh akhir dan bukan liga. Sya berharap saya akan menjaringkan gol. Tapi yang lebih penting adalah untuk pasukan kami menang supaya kami dapat melangkah ke perlawanan akhir.”

“Sekiranya kami menang 1-0, 2-0 atau seri mungkin ianya lebih baik asalkan kami tidak kalah. Sekiranya kami kalah kami akan menghadapi masalah dalam perlawanan akan datang. Kami tidak menjangkakan perlawanan yg mudah. Perak pada musim ini sangat baik. Ini perlawanan bagi memburu piala. Tiada peluang untuk bangkit semula seperti dalam liga.” Kata Ghaddar.

Ghaddar pernah menjaringkan gol bertemu Perak ketika bersama JDT ketika kedua pasukan bertemu di Larkin pada penghujung bulan Julai dalm saingan Liga Super. Gol tersebut memastikan kemenangan 2-1 ketas pasukan ‘The Bos Gaurus’ yamg memberikan kesukaran buat JDT dalam mempetahankan kejuaraan Liga Super musim ini.

JDT setakat ini belum lagi menjulang Piala Malaysia selepas Tunku Mahkota Johor mengambil alih pasukan tersebut. Musim ini merupakan peluang terbaik skuad Harimau Selatan setelah mereka tidak lagi terlibat dengan Piala AFC.

Baca juga: 3 Perlawanan Menentang Perak Yang Sentiasa Berada Dalam Ingatan Penyokong JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: