5 Perkara Yang Dinantikan Oleh Penyokong JDT Menjelang Musim 2018
Secara rasminya musim 2018 untuk pasukan JDT telah bermula semalam. Sesi latihan pertama telah diadakan semalam bersama dengan pemain-pemain yang sudah kembali. Hanya beberapa pemain import yang dijangka akan sampai ke bumi Johor pada malamnya.
Musim 2018 pastinya akan membuatkan penyokong JDT teruja. Dengan Malaysia memperolehi satu slot automatik ke Piala ACL 2019-2020 pastinya pihak pengurusan akan menyediakan skuad yang lebih mantap untuk musim 2018. Kami berikan 5 perkara yang dinantikan oleh penyokong JDT.
[AdSense-B]1- Sesi latihan lengkap
Sesi latihan memang sudah bermula semalam namun belum merupakan skuad yang lengkap. Beberapa pemain mempunyai tugas bersama skuad Malaysia B23 dan juga ada yang masih dalam perjalanan pulang ke Johor. Terdapat juga seorang lagi pemain import yang belum diumumkan.
Kebiasaannya, apabila sudah beberapa sesi latihan dilakukan, kita akan sudah boleh mendapatkan gambaran pemain yang akan menjadi skuad JDT 2018. Kita juga dapat mengenal pasti pemain yang telah digugurkan yang tidak diumumkan secara rasmi.
2- Perlawanan persahabatan, formasi dan taktikal
Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, JDT akan mengadakan pra-musim di Bangkok, Thailand. Namun nama pasukan yang akan ditentang belum lagi diumumkan. Namun anda boleh lihat sendiri pasukan-pasukan yang berada dibandar Bangkok dan sekitarnya.
Kami pernah terbitkan artikel mengenai perlawanan persahabatan di Bangkok tersebut dan boleh baca melalui artikel JDT Ke Bangkok Buat Persiapan Musim 2018
Melalui perlawanan persahabatan, kita akan dapat melihat formasi dan taktikal yang bakal coach Morais guna untuk musim 2018. Dengan pengguguran ketiga-tiga import dibarisan serangan pada musim 2017, kami yakin satu pelan taktikal telah direncanakan oleh barisan kejurulatihan.
[AdSense-B]Kami pastinya ingin merasa teruja dengan pembaharuan yang mahu dibawa oleh JDT. JDT juga pernah menerbitkan satu infographik yang menunjukan seperti formasi 4-1-2-1-2. Adakah JDT akan mengunapakai formasi ini dan adakah ia akan berkesan?
3- Perasmian jersi JDT
Musim baru pastinya jersi baru. Pastinya penyokong tidak sabar untuk melihat dan memiliki jersi JDT 2018 untuk dipakai kemana sahaja. Kebiasaannya, perasmian jersi baru akan diadakan dalam satu majlis yang meriah dan kita juga dapat melihat senarai penuh pemain untuk JDT 2018.
Namun, sekiranya pemain masih berada di Bangkok kerana pra-musim atau kelayakan Piala ACL, hanya beberapa pemain yang akan memeriahkan majlis ini.
4- Tiga pemain yang ke Portugal
JDT akan mengadakan satu perjanjian dengan kelab dari Portugal namun ia belum lagi dimuktamatkan. Namun, salah satu kebaikan buat JDT adalah JDT boleh menghantar 3 orang pemain muda ke sana untuk berlatih dan beraksi bersama mereka.
Walaupun belum rasmi, Syamer Kutty antara yang disebut-sebut akan dihantar ke sana. Selain itu, melalui maklum balas dari admin fanpage JST, kemungkinan besar juga Hasbullah dan juga Syafiq Ahmad akan dihantar ke sana. Namun, siapa pun yang dihantar kami akan sentiasa mengikuti perkembangan mereka di sana.
[AdSense-B]5- Perlawanan pembukaan kempen musim 2018
JDT akan memulakan kempen musim 2018 di Bangkok dengan menentang Muangthong United dalam kelayakan Piala ACL 2018 prelim #2. Namun begitu, kemungkinan juga JDT memulakan kempen dengan perlawanan Piala Sumbangsih menentang Kedah.
Tarikh untuk perlawanan Piala Sumbangsih masih belum ditetapkan. Namun, pihak FMLLP akan mengosongkan tarikh 23 dan 30 Januari 2018 untuk JDT menghadapi kelayakan Piala ACL pusingan kedua dan ketiga. Dikabarkan pula, perlawanan sumbangsih akan dilangsungkan di tempat berkecuali dan bukan dalam kiraan mata Liga Super.
Adakah anda sudah terasa teruja dengan kedatangan musim baru yang akan bermula tidak lama lagi?
Baca juga: VIDEO: Sesi Pertama Latihan Skuad JDT 2018