Benjamin Mora Turun JDT2

TERKINI: Mora Kembali Menjadi Coach JDT II, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi Coach Sementara JDT

Semalam, hangat dimedia sosial memperkatakan akan nasib Benjamin Mora. Di Instagram peribadi beliau ada mengucapkan terima kasih kepada pengurusan JDT dan juga penyokong. Namun, Mora masih tidak mengesahkan nasibnya di JDT. Coach Mora juga tidak kelihatan semasa dua sesi latihan JDT di bulan puasa ini.

Namun pagi ini, laman fanpage JST mengambil langkah awal untuk mengesahkan perkara ini. JST telah mengesahkan bahawa Benjamin Mora akan kembali ke tugas asalnya di JDT II. Selain itu pihak JST mengucapkan terima kasih atas dedikasi beliau sepanjang bersama JDT.

JDT dibawah Ismail dan Raul

JST akan mengumumkan jurulatih baru dalam sedikit masa lagi. Buat masa ini, JDT akan dibawah kendalian Ismail Ibrahim dan Raul Longhi. Coach Ismail pernah menjadi coach sementara pada tahun 2015 selepas JDT merehatkan Bojan Hodak.

Sebagai penyokong JDT, kami menyambut baik keputusan ini yang sepatutnya dibuat lebih awal lagi dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada coach Mora dan juga Ismail. Kami akan menanti coach baru yang akan diumumkan tersebut.

Baca juga: Video: Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Dari JDT Tahun 2015 dan 2016

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: