Corbin Ong Malaysia

Corbin Ong Masih Pertimbangkan Keputusan Untuk Menyertai Skuad Kebangsaan

Pemain berdarah campuran Malaysia-Barbados, La Vere Corbin-Ong, memerlukan masa mempertimbangkan keputusan untuk bersama skuad negara selepas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, menyuarakan hasrat untuk menggunakan khidmat pemain itu.

Corbin menganggap dua perlawanan belum cukup untuk menilai keperluannya bersama skuad negara, selain dia sendiri memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan atmosfera bola sepak Malaysia.

[AdSense-B]

Justeru, tidak hairanlah Cheng Hoe menyuarakan hasrat untuk menggunakan beberapa nama termasuk Corbin bagi menghadapi cabaran skuad kebangsaan tahun ini.

Pemain tinggi lampai itu mengakui teruja dengan aksinya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan mengharapkan ia dapat diteruskan dalam penampilan seterusnya.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Liga Perdana 2018: JDT II diikat UiTM FC 2-2

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: