Orkatz Martin Egana Ketua Jurulatih Penjaga Gol

JDT Melantik Ketua Jurulatih Penjaga Gol Yang Baru, Farizal Kembali Dari Penggantungan

Pengarah teknikal JDT, Alistair Edwards melalui laman fanpage rasmi Johor Southern Tiger (JST) mengumumkan perlantikan Orkatz Martin Egana dari Sepanyol sebagai ketua jurulatih penjaga gol yang baru. Beliau akan menjadi Ketua Jurulatih kepada barisan kejurulatihan penjaga gol dan akan melatih penjaga gol JDT dan juga semua jurulatih penjaga gol di JDT.

Beliau yang dari Sepanyol telah melahirkan ramai penjaga gol berkualiti dan berbakat melalui kelab Athletic Club Bilbao. JDT juga mahukan beliau melakukan perkara yang sama dan ia juga merupakan sebahagian daripada projek jangka panjang JDT.

[AdSense-B]

Selain itu, JDT sudah boleh menggunakan khidmat Farizal Marlias apabila penggantungan selama 8 bulan tamat akan tamat pada hari esok. Pada asalnya, hukuman keatas Farizal bermula pada 9 Jun 2017 hingga 9 Jun 2018 tetapi dipendekkan kepada 8 bulan sahaja selepas AFC menerima rayuan dari Farizal dan JDT seterusnya hukuman tersebut yang akan tamat pada 9 Februari 2018.

Makanya, JDT sekarang mempunyai tiga orang penjaga gol yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa. Izham dan Haziq sudah beraksi bersama JDT untuk musim ini. Haziq menerima pujian akan aksi cemerlangnya ketika menentang PKNP FC. Izham menjadi penjaga gol JDT ketika menentang Muangthong United dan Kedah.

[AdSense-B]

Dengan kemasukan ketua jurulatih yang baru akan menguatkan dan meningkatkan prestasi penjaga gol JDT. Kehadiran Farizal akan menjadikan persaingan menjadi penjaga gol no 1 JDT semakin hangat. Yang pastinya mereka akan berusaha bersungguh-sungguh ketika diturunkan bermain untuk JDT.

Baca juga: Morais Mahu Tiga Mata Dan Stadium Cheras Dipenuhi Penyokong JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: