1

Inilah Petua Dan Doa Menghindari Mimpi Buruk, Jangan Sesekali Lupa Baca Sebelum Tidur

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ

وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)

Keterangan & Petua Beramal

Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

  1. Meludah ke kirinya, tiga kali
  2. Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
  3. Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
  4. Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5. Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .

Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

  • Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
  • Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
  • Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
  • Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
  • Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
  • Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
  • Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

Doa Setelah Mimpi Buruk

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: