Sakit Rare

Ada Sudi Bantu? Dua Beradik Hidap Penyakit ‘Rare’. Sebulan Perlu RM1k Biayai Ubat

Tiada ibu bapa yang mahu anak dilahirkan diuji dengan sakit. Namun andai itu takdirnya, hati mesti reda walaupun ia agak perit untuk dilalui. Seperti kisah dua beradik ini Mohamad Qhairil Hamzah, 11 dan Nur Umairah Sakina, 1 tahun 7 bulan yang diuji dengan penyakit ‘rare’.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan, Dr Saleha Idris, NGO yang membantu dua beradik ini, penyakit yang dihidapi Qhairil dan Umairah ni penyakit ‘rare’. Dua beradik ni perlukan rawatan setiap bulan RM1,000 untuk biayai ubat. Kalau kita search kat google pun, tak banyak pendedahan tentang penyakit ni.

Deficiency of adenosine deaminase 2 (DADA2) atau penyakit genetik auto-inflammatory. Penyakit ni disebabkan oleh keradangan kronik.

Keradangan kronik ni terjadi bila penghasilan antibodi yang berlebihan menyerang pelbagai organ dalam badan seseorang.

Dalam kes adik Qhairil dan Umairah, radang tersebut dah menyerang sistem otak, saraf dan tulang sum-sum.

Kalau sebelum ni sebulan sekali mereka berulang alik dari Johor Bahru untuk terima rawatan di sebuah hospital di Selangor untuk mendapatkan rawatan menggantikan antibodi di dalam badan.

Sekarang alhamdulillah, sebulan di Hospital Johor Bahru dan dua bulan sekali ke hospital di Selangor untuk dapatkan rawatan. Kurang sikit bebanan kos perjalanan dan perbelanjaan.

Cuma sekarang ibu ayah Qhairil dan Umairah dah tak mampu nak menampung kos perubatan mereka. Kos yang diperlukan sangat tinggi dan mereka bergantung kepada ubat sepanjang hayat mereka.

Ayuh kita bantu mereka. Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka untuk terus melawan sakit yang dihadapi bagi meneruskan kehidupan.

Moga dengan cara ini, kedua-dua beradik ini boleh mengecapi nikmat hidup dengan lebih baik. InsyaAllah! Bantu juga untuk sebarkan ya❤️

sumber; majalahpama

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: