Cara Hilangkan Sakit Otot Kejang

Tiba-Tiba Kaki Cramp! Ini Cara Hilangkan Sakit Otot Kejang, Memang Lega

Sakit, sakit, sakit!

Masalah kejang otot atau kaki cramp boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan tidak kira bila masa. Ada yang kejang otot ketika melakukan aktiviti sukan, ada yang kejang otot bila tidur dan masalah ini sering juga dialami oleh wanita yang sedang mengandung.

Bila kekejangan otot berlaku, memang sakit sangat sampai tak boleh berjalan dan ada juga dikejarkan ke hospital kerana terlalu teruk sehingga membahayakan diri. Justeru, berikut merupakan 4 cara untuk hilangkan masalah otot kejang seperti perkongsian Dr Samhan di laman Twitternya.

TIBA-TIBA KAKI CRAMP! INI CARA HILANGKAN SAKIT OTOT KEJANG

Masalah otot kejang biasa terjadi pada wanita mengandung sebab otot betis terpaksa menampung berat badan berlebihan. Kaki kejang merupakan salah satu masalah yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal.

Yang paling membuatkan kalian terkejut adalah apabila ia berlaku ketika anda tidur. Selalunya pesakit akan meloncat daripada katil dan memegang kaki yang mengalami kekejangan disebabkan masalah tersebut.

Jadi, berikut merupakan cara mudah jika diserang kejang otot:

1. Baringkan pesakit dan tekan di bahagian lutut ke bawah supaya sendi lutut menjadi lurus.

2. Dalam keadaan kaki lurus, tolakkan hujung kaki supaya hujung kaki menghala ke badan pesakit.

3. Tahan dalam kedudukan ini sehingga kekejangan hilang. Biasanya kekejangan akan beransur hilang selepas beberapa minit.

4. Sekiranya kekejangan berpanjangan atau kesakitan berterusan, datang ke Jabatan Kecemasan untuk rawatan lanjut.

APA PUNCA KAKI KEJANG?

1. Dehidrasi

Jika mengalami cirit-birit atau muntah akan lebih terdedah dengan masalah kekeringan (dehidrasi). Ia menganggu penghantaran maklumat pada bahagian otot.

2. Kurang peredaran darah

Masalah ini selalunya berlaku pada seseorang itu apabila ia duduk dalam keadaan posisi kakinya melipat. Ini akan menyebabkan salur darah terhimpit dan aliran darah pun berkurangan.

3. Senaman berlebihan

Bila bersenam, garam dalam badan turut keluar bersama peluh. Garam seperti sodium merupakan salah satu unsur utama bagi penghantaran maklumat melalui saraf di dalam badan.

4. Kecederaan otot

Otot yang cedera boleh menyebabkan kecelaruan pada saraf otot tersebut dan berkakhir dengan kaki kejang

5. Mengandung

Kaki perlu menampung berat badan dan otot perlu kerja lebih.

6. Hipotiroid

Penyakit yang disebabkan kekurangan hormon tiroid di dalam badan.

Pastikan anda mendapat rawatan doktor sekirangan kekejangan otot berlaku dalam jangka masa panjang.

Sumber: Twitter Dr Samhan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: