Minuman Kesihatan

Cuba Amalkan Minuman Berkhasiat Ini, Tubuh Kita Tak Mudah Sakit

Malaysia memang sedia maklum mempunyai suhu beriklim panas sepanjang tahun, jadi apabila cuaca panas sepanjang minggu memang ramai yang berpotensi akan demam kerana kurang minum air.

Sebenarnya ramai yang tidak gemar minum air masak kerana rasanya yang tawar, tetapi masih mahukan khasiat yang terbaik dari air. Jangan salah faham ya sebenarnya selain dari minum air masak sepanjang hari kita juga di galakkan mencuba minuman yang berkhasiat dengan sedikit campuran pelbagai produk semulajadi.

Antaranya minuman campuran yang banyak khasiat ialah minuman herba. Ianya bukan sahaja membantu badan cukup air tapi bergantung kepada jenis campuran yang anda pilih khasiatnya memang pelbagai.

Jadi kali ini kami ingin kongsikan resepi minuman herba berkhasiat. Selain mempunyai manfaat yang tersendiri ia mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan dalam tubuh badan. Tak cuba tak tau, buat sendiri dan rasai kesegarannya!

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm aloe vera di potong dadu
  • 500 gm kurma merah
  • 400 gm gula batu
  • 12 helai pandan
  • 3 liter air

CARA MEMASAK:

  • Rebus semua bahan hingga mendidih guna api perlahan selama 1 jam 1/2
  • Sejukkan dan siap di minum.

8 Manfaat Aloe Vera Yang Disokong Oleh Sains.

Manfaat aloe vera untuk kesihatan:

1. Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

  • Lidah buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan/daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.
  • Ianya banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbang kepada $13 billion dalam harga pasaran.
  • Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.
  • The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.

2. Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria

  • Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan.
  • Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.
  • Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada bandan.

3. Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar

  • Lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.
    Khasiat lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.
  • Terdapat kajian yang mendapati bahawa lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.

4. Air Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash

  • Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami.
  • Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbenyukan plak pada gigi.
  • Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.
  • Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.
  • Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.

5. Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

  • Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
  • Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.
  • Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
  • Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.
  • Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
  • Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!

6. Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

  • Lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.
  • Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.
  • Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.

7. Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

  • Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.
  • Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.
  • Kajian yang lain pula mendapati bahawa lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.

8. Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

  • Kadang-kala, lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes)Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.
  • Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.

10 Khasiat Kurma Merah (kurma cina) Untuk Kesihatan:

  1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.
  2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).
  3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.
  4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.
  5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.
  6. Sangat baik untuk pesakit diabetes,
  7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.
  8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.
  9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
  10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: