Anak selalu garu telinga sampai melecet. Inilah 6 perkara anak cuba sampaikan
Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga, kehadiran cahaya mata adalah perkara yang amat ditunggu-tunggu dalam perkahwinan seseorang individu. Dengan kehadiran cahaya mata dalam sebuah keluarga pastinya akan dapat menambah seri dalam kehidupan berkeluarga. Mana tidaknya, dengan kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan karenah manja si kecil.
Namun begitu, si kecil kerap menunjukkan tanda-tanda yang mungkin kita sebagai orang dewasa tidak fahami. Tahukah anda, jika si kecil anda kerap menggaru telinganya hingga luka adalah salah satu cara bayi untuk memberitahu yang si kecil dalam keadaan yang dia tidak selesa.
Berikut merupakan 6 tanda yang si kecil ingin sampaikan kepada anda sekiranya dia kerap menggaru telinganya hingga luka. Baru-baru ini Dr Shazwan dari Klinik Avicenna telah menyiarkan artikel mengenai faktor yang menyebabkan si kecil kerap menggaru telinganya hingga luka. Berikut merupakan 6 tanda yang bayi cuba sampaikan kepada anda.
1. Rimasnya nak tumbuh gigi.
Sebenarnya bukan mudah nak tahu sama ada bayi nak tumbuh gigi atau tidak sebab proses ini bukannya berlaku dalam masa semalaman. Namun, salah satu symptom bayi yang sedang teething adalah rasa tidak selesa pada giginya. Ketidakselesaan ini boleh berpindah ke bahagian salur telinga dan sebab itulah bayi akan menarik, menggosok atau menggarutelinga untuk membuatnya berasa lega. Selain itu, lain- lain symptom yang boleh menandakan bayi yang dalam proses tumbuh gigi adalah air liur yang meleleh, ruam pada bahagian muka dan sedikit meragam. Namun bayi masih ceria apabila dialih perhatiannya dan aktif serta boleh bermain seperti biasa.
2. Ada sesuatu dalam telinga saya.
Sesetengah bayi yang lebih besar mungkin berasa tidak selesa kerana ada tahi telinga di dalam telinga mereka. Kadangkala kita terlalu kerap membersihkan telinga bayi tetapi dengan menggunakan cara yang kurang tepat seperti menggunakan putik kapas. Selalunya putik kapas ini bersaiz lebih besar berbanding salur telinga bayi dan tahi telinga mereka sebenarnya makin terkumpul di dalam salur telinga. Apabila ia semakin banyak, bayi mungkin akan berasa sakit atau tidak selesa.
3. Saya nak belajar dan ingin meneroka.
Apabila bayi mula belajar menggenggam, mereka juga teruja untuk meneroka anggota tubuh badan mereka. Disebabkan telinga mereka mudah dipegang dan ditarik, mereka pun sukalah nak bereksperimen dengannya. Menurut sumber, tabiat ini berlaku sekitar usia 4 bulan hingga 12 bulan. Bila bayi dah pandai bermain dengan mainan atau dah ligat berjalan dan memanjat, mereka akan meneroka benda lain pula.
4. Gatalnya.
Salah satu punca yang mungkin Mama kurang perasan adalah penggunaan sabun atau syampu yang kurang sesuai dengan kulit bayi. Walaupun tidak timbul kemerahan yang ketara pada kulitnya, kadangkala ssabun atau syampu yang terperangkap dalam salur telinganya boleh menyebabkan bayi berasa gatal atau kurang selesa.
5. Telinga saya terkena jangkitan.
Jangkitan telinga adalah antara masalah yang sering berlaku pada bayi selain demam, selsema atau batuk. Antara symptom yang mengiringi jangkitan telinga berair, demam tinggi dan tidak berhenti menangis. Selepas beberapa hari, arna cairan jernih tadi akan bertukar kepada lendiran bewarna kekuningan atau hijau. Bayi juga semakin kuat meragam, susah tidur malam, dan matanya turut berair. Bayi juga selalunya turut demam jika mempunyai jangkitan telinga.
6. Saya tidak selesa perut
Satu lagi faktor yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada telinga bayi adalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), maka ia mungkin punca utama bayi sering menarik dan menggaru telinganya. Anda juga dinasihatkan segera untuk membawa bayi berjumpa dengan doktor jika anda tidak pasti sebab bayi menggaru telinganya kerana jangkitan kuman seperti kuman telinga sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecacatan pekak yang kekal.