Jangan Ingat Menantu Perempuan Je Kena Jadi baik, Menantu Lelaki Pun Sama Juga Ya!
Bila cerita pasal menantu perempuan, banyak senarai buruk yang mentua keluarkan tentang sikap menantu sendiri. Itu jadinya bila mentua dah tak sebulu dengan menantu sendiri.
Tetapi pernah tak tengok masalah menantu lelaki yang kadang orang langsung tak nampak, contoh mudah menantu lelaki yang asyik tidur bila balik rumah mentua. Langsung tak bergaul dengan keluarga yang lain.
Hah, agak-agak adil ke asyik nak tunding jari silap menantu perempuan? Nah, sebelum gigih mencari silap menantu perempuan je, jemput baca perkongsian padu daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Sama Je Menantu Perempuan Atau Menantu Lelaki
“Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua… kena ambil hati mertua. Kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri…”
Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh? Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat… satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.
Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?
Sebenarnya tak… bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahu pun si perempuan, jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.
Berapa banyak suami yang selalu telefon ibubapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawa isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam di rumah mertua LEBIH dr rumah ibu bapanya sendiri?Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah… tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.
Menantu Lelaki Pun Kena Ubah Sikap!
Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN… MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.
Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.