
Analisa 2016: 14 fakta menarik mengenai 119 gol JDT
JDT mempunyai musim yang gemilang pada tahun 2016. Dengan 119 jaringan JDT berjaya mendapat tiga piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Liga Super. Di sini, kami sediakan 14 fakta menarik mengenai 119 gol JDT:
1- JDT mengharungi 47 perlawanan dalam lima kejohanan (Piala ACL, Piala AFC, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) dengan menentang 20 buah kelab/pasukan dan menghasilkan 119 gol.
2- Pecahan gol mengikut kejohanan; Piala ACL 0 gol, Piala AFC 33 gol, Liga Super 56 gol, Piala FA 21 gol dan Piala Malaysia 9 gol.

Senarai Penjaring JDT 2016
3- 2o orang pemain telah menjaringkan untuk JDT termasuk 3 orang dari pasukan lawan.
4- Diaz merupakan penjaring gol terbanyak dengan 32 gol.
5- Diaz berjaya menjaringkan gol keatas semua pasukan kecuali Muang Thong United.
6- JDT juga tidak berjaya membolosi gawang Muang Thong United.
7- Diaz merupakan penjaring terbanyak menentang pasukan PDRM (5 gol), Kedah (4 gol), Terengganu (3 gol), Negeri Sembilan (2 gol) dan South China AA (2 gol)

Penjaring JDT mengikut pasukan lawan 2016
8- Lucero merupakan penjaring terbanyak menentang pasukan Pahang FC (4 gol), Kaya FC (3 gol), T-Team (3 gol), Perak (2 gol) dan Kelantan (2 gol)
9- Safiq Rahim merupakan penjaring terbanyak menentang Ayeyawady United (3 gol) dan Bengaluru FC (3 gol).
10- Marco merupakan penjaring terbanyak menentang Sarawak dengan 2 gol.
11- JDT mengumpul gol terbanyak dengan PDRM iaitu sebanyak 17 gol dari 6 pertemuan.
12- Mengikut gol per perlawanan, Kaya FC adalah pasukan yang paling tinggi dibolosi oleh JDT
13- Gol terpantas adalah gol menentang Sarawak di stadium Larkin yang dijaringkan pada minit ke-5 dalam Liga Super.
14- JDT menjaringkan 58 gol pada separuh masa pertama dan 61 gol pada separuh masa kedua.
Video 33 gol JDT dalam Piala AFC 2016
Video 56 gol JDT dalam Liga Super 2016
Video 21 gol JDT dalam Piala FA 2016
Video 9 gol JDT dalam Piala Malaysia 2016
Apa pandangan anda dengan 14 fakta menarik mengenai 119 gol JDT ini?
Baca juga: Analisa Chonburi FC vs JDT: Bahagian tengah yang lemah