Analisa Chonburi FC Vs JDT Formasi

Analisa Chonburi FC vs JDT: Bahagian tengah yang lemah

Jurulatih JDT, Mario Gomez ada berkata “Kami menentang pasukan yang lebih kuat daripada kami di sini seperti Chonburi FC dan Buriram United untuk belajar dan memperbaiki corak permainan kami. Kami akan melakukan giliran pemain untuk memberi pendedahan kepada mereka. Itu sebab kami berada disini.” Berikut, analisa Chonburi FC vs JDT.

Jadi boleh lah kita simpulkan berdasarkan kata-kata Mario Gomez ini, semua pemain akan diberikan peluang untuk bermain. Dengan kemasukan beberapa pemain baru dan keluarnya beberapa pemain lama, pasti beliau memerlukan rencah baru untuk memastikan JDT kekal menjadi pasukan digeruni.

[AdSense-B]

Formasi Permulaan

Pasukan JDT sekali lagi turun dengan taktikal yang hampir sama seperti musim lepas. Dengan formasi 4-4-1-1, Mario Gomez masih mengekalkan barisan pertahanan yang sama.

Bahagian midfield pula Safawi Rashid telah diberikan peluang untuk bermain di sayap kiri. Di sebelah kanan pula, Azamuddin masih lagi diberi kepercayaan untuk menggalas peranan itu. Amirulhadi dan Safiq di bahagian tengah menjadi jantung kepada gerakan menyerang dan bertahan.

Di bahagian serangan kita dapat melihat pasangan baru yang menggantikan Diaz dan Lucero. Brian Ferreira memainkan peranan sebagai Attacking Midfield dan Hazwan sebagai Top Striker. Ia mirip Diaz dan Lucero pada musim lepas.

Serangan Dari Sayap Kiri

Ternyata dalam perlawanan ini kami mengakui yang Safawi Rashid dan Fazly Mazlan menjadi pemain penting dalam menjana serangan dari sayap kiri pasukan JDT. Safawi Rashid berjaya membuatkan Fazly Mazlan melakukan larian overlap yang menarik dari bahagian bawah.

Kemampuan Safawi ketika melakukan gelecekan dan larian-larian deras nya dari sebelah kiri juga meyakinkan. Ada beberapa peluang telah dapat dicipta melalui gerakan dari mereka berdua ini. R.Gopinathan harus berasa resah dengan keadaan ini kerana Safawi berjaya menunjukkan mengapa pasukan JDT menandatangai beliau.

Analisa Chonburi FC vs JDT safiq rahim

Akan tetapi Fazly Mazlan perlu juga berhati-hati ketika menyerang. Ada beberapa kali ketika menyerang beliau lambat untuk turun bertahan ketika pasukan di serang melalui counter-attack. Mungkin Fazly perlu memperbaiki disiplin bertahan beliau ketika diserang di kawasan beliau.

Kelemahan Bahagian Tengah

Ketiadaan Harris Harun yang akan dipinjamkan ke Portugal atau Jepun telah menyebabkan Mario Gomez terpaksa mencari pasangan baru untuk Safiq di bahagian tengah. Untuk hari ini, Amirulhadi telah diuji untuk berpasangan dengan kapten pasukan, Safiq Rahim.

Analisa Chonburi FC vs JDT gol

Di sini kita melihat kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang mempunyai corak yang hampir sama. Kedua-dua mereka merupakan pemain playmaker. Safiq bertindak lebih kepada box-to-box manakala Amirulhadi banyak berada di kawasan bawah untuk menjadi defensive midfielder.

Tetapi bagi kami, Amirulhadi bukanlah seorang pemain yang mempunyai naluri untuk bertahan. Beliau lebih gemar untuk menggerakkan pasukan ke hadapan apabila bola berada di kaki. Pada pendapat kami, Shakir Shaari atau Gary Steven Robat lebih sesuai diletakkan pada posisi ini.

[AdSense-B]

Ini kerana antara mereka berdua mempunyai kebolehan untuk mematahkan serangan pihak lawan dari tengah dan mampu memberikan lebih ruang untuk Safiq Rahim bergerak bebas untuk menyerang tanpa perlu risau dengan barisan pertahanannya. Analisa Chonburi FC vs JDT.

Barisan Serangan Yang Baru

Jika musim lepas kita boleh katakan Diaz dan Lucero merupakan pasangan penyerang paling ditakuti jika pasukan lawan bertemu JDT. Tetapi pada musim ini kita akan dapat melihat 4 penyerang baru untuk pasukan.Brian Ferreira,Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok dan Gonzalo Cabrera merupakan penyerang baru yang telah dibawa masuk hingga setakat ini.

Analisa Chonburi FC vs JDT hazwan dan brian

Pada perlawanan ini dua pasangan penyerang telah diuji iaitu Hazwan dan Ferreira serta Cabrera dan Darren. Ferreira dan Cabrera banyak bermain di posisi yang telah ditinggalkan oleh Jorge Peyreira Diaz manakala 2 lagi pemain iaitu Hazwan dan Darren bermain di posisi Juan Martin Lucero.

Walaupun Brian Ferreira telah menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke-19, bagi kami pemain ini belum betul-betul menunjukkan kemampuan beliau yang sebenar. Mungkin memerlukan 3 atau 4 perlawanan lagi sebelum beliau betul bersedia untuk menggalas tugas yang telah ditinggalkan oleh Diaz.

[AdSense-B]

Bagi Hazwan pula, beliau perlu lebih tajam ketika berada di hadapan pintu gol. Peluang-peluang yang telah dihidang tidak boleh dipersiakan kerana kita mesti ingat, bukan mudah untuk mendapatkan peluang menjaringkan gol.Jadi Hazwan perlu lebih bekerja keras jika ingin terus kekal di dalam kesebelasan utama.

Analisa Chonburi FC vs JDT gonzalo cabrera

Untuk Darren Lok dan Gonzalo Cabrera, tidak banyak boleh diperkatakan setakat ini kerana mereka hanya diberikan peluang bermain sekitar 15 minit sahaja tadi. Kami tidak boleh menilai melalui minit perlawanan hanya sebanyak itu.

Kesimpulan

Penjaga gol, Farizal Marlias harus lebih lantang dalam menyusun barisan pertahanannya ketika diserang pasukan. Beliau juga perlu lebih alert ketika berhadapan serangan.

Aidil Zafuan dan Marcos Antonio harus cepat mendapatkan kembali prestasi mereka ketika musim lepas. Pada malam ini prestasi mereka agak goyah terutamanya Aidil. Kunalan dan Fazly pula boleh dikatakan persembahan mereka agak sederhana.

Analisa Chonburi FC vs JDT fazly mazlan

Di bahagian tengah ketika ini nampaknya pasukan JDT memerlukan seorang pemain defensive midfield yang mempunyai naluri untuk mengekang gerakan menyerang pasukan dari awal lagi. Amirulhadi dan Safiq nampak seperti bukan pilihan yang tepat. Selain itu persembahan Safawi selayaknya diberikan pujian manakala Azamuddin agak sederhana hari ini.

Hazwan dan Ferreira kemungkinan besar akan menjadi pasangan penyerang utama untuk pasukan JDT jika Jeronimo Barrales tidak ada dalam perancangan JDT. Mereka berdua harus cepat mencari keserasian untuk memberikan ancaman berbahaya kepada pasukan lawan pada masa akan datang.

Pemain Terbaik

Analisa Chonburi FC vs JDT safawi rashid

Kami memilih Safawi Rashid sebagai pemain terbaik untuk perlawanan ini kerana kemampuan beliau untuk memahami taktikal yang diberikan Mario Gomez sehingga mampu menghadirkan serangan-serangan bahanya dari bahagian sayap kiri pasukan JDT.

Video highlight

Apa pula pandangan dan komen anda mengenai perlawanan dan analisa Chonburi FC vs JDT ini? Jom Kongsikan bersama kami…

Baca juga:Pra-musim Thailand 2017: Chonburi FC vs JDT live streaming

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: