Corbin Jdt

Analisa Pemain: Corbin Ong vs Kedah, Posisi Bek Kiri Sudah Miliknya?

Untuk analisa pemain kali ini kami memilih pemain baru untuk bek kiri JDT. La Vere Lawrence Corbin Ong jelas dalam kelasnya tersendiri. Dan aksi semalam merupakan jawapan padu kepada penyokong JDT yang marah kenapa Fazly Mazlan diletakan di bangku simpanan.

Mereka beranggapan keputusan tersebut sangat tidak patut kerana mereka masih merasakan Fazly Mazlan boleh memberikan lebih untuk musim ini.

Penulis bukan lah mahu menidakkan kemampuan Fazly Mazlan yang sentiasa memberikan komitmen 100% apabila diturunkan. Tetapi bersandarkan fakta dan statistik jelas menunjukkan penurunan prestasi beliau dari musim lepas lagi walaupun pada akhir musim beliau kembali menunjukkan aksi terbaik beliau.

[AdSense-B]

Tindakan pengurusan JDT membeli seorang lagi pemain kacukan di posisi tersebut adalah mungkin mereka sedar Fazly Mazlan tidak seperti dua musim lalu. Musim lalu, hanya S.Kunanlan sahaja yang banyak memberi bantuan di ‘wide area’ ketika JDT melancarkan serangan.

DEBUT CEMERLANG CORBIN ONG

JDT jelas mengambil kesempatan dalam kesempitan teknikal dan taktikal Kedah.

Musim lepas, kerja Rizal Ghazali agak mudah memandangkan hanya Gabriel Guerra sahaja yang akan menekan beliau. Tetapi musim ini, JDT memperbaiki isu tersebut dengan menghadirkan Corbin Ong.

Jelas Rizal Ghazali mati akal dan terpaksa duduk di bahagian bawah sahaja kerana asakan bertali arus dari sayap JDT. Kerapuhan pertahanan Kedah memberi kelebihan kepada JDT.

Tatkala ‘build up’ JDT banyak menjurus ke arah Jorge Pereyra Diaz dan Gonzalo Cabrerra yang sering bertukar posisi dan sering menghadirkan ancaman di ‘half space’, Corbin Ong turut tidak ketinggalan dengan memberi bantuan serangan di ‘wide area’.

Dan itu sedikit sebanyak kenapa Rizal Ghazali tidak mampu membantu serangan Kedah di ‘wide area’.

CORBIN ONG VS RIZAL GHAZALI

Ramalan penyokong bolasepak JDT dan Kedah yang menyangkakan akan ada banyak pertembungan Jorge Diaz bersama Rizal Ghazali jelas meleset.

Perlawanan semalam melihatkan Rizal Ghazali lebih banyak berhadapan dengan Corbin Ong.

Salah satu situasinya, para pembaca boleh merujuk kepada posting Axello Mane.

[AdSense-B]

Selepas kuisan penting dari Ifwat Akmal, Rizal Ghazali cuba melakukan shielding sambil mengharapkan Corbin Ong akan melakukan foul.

Tapi jelas Corbin bukan pemain yang biasa-biasa. Beliau dah dapat jangka yang Rizal akan melakukan kaedah itu untuk mengendurkan asakan JDT.

Jadi apa yang Corbin Ong lakukan?

Corbin menanti Rizal untuk melakukan shielding dan hanya melakukan shoulder check supaya beliau ada kelebihan dan tidak melakukan silly foul yang sering dilakukan pemain tempatan yang lain.

Kebanyakkan pemain berfizikal besar akan melakukan rempuhan terus. Mungkin salah satu niat ialah untuk mencederakan pemain lawan tetapi tidak pada Corbin Ong.

LONG THROW-IN BALL

corbin jdt

Sebenarnya perkara sedemikian adalah perkara normal di liga luar. Namun tidak di Liga Malaysia.

Kerana agak sukar untuk menjumpai pemain yang mampu melakukan sedemikian rupa. Dahulunya kita ada Ronny Harun dan Jalil Hamid.

Penyokong Perlis juga pasti tidak boleh melupakan aksi Adrien Jurad Chamrong ketika perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah.

Tapi sekarang? Agak sukar untuk menemuinya.

[AdSense-B]

Dan itulah yang membuat para penonton berasa teruja. Mungkin selepas ini kita akan dapat saksikan bantuan gol melalui lontaran jarak jauh.

KESIMPULAN

Pastinya kehadiran beliau akan menambahkan lagi harapan penyokong JDT untuk melihat JDT merangkul dan menyapu habis kesemua trofi yang dipertandingkan.

Namun suka diingat ada beberapa aspek teknikal yang harus beliau perbaiki. Tapi bagi penulis semalam merupakan debut yang terindah untuk pemain kacukan Malaysia-Kanada ini.

La Vere Lawrence Corbin Ong.

Nama ini pastinya akan menjadi dambaan dan pujaan, bukan setakat penyokong JDT malah penyokong dan peminat Harimau Malaya.

Baca juga: Morais Elak Perbesarkan Kesilapan Anak Buah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: