T-team Vs Jdt Morais

Analisa T-Team vs JDT: Penguasaan Trio Safiq, Natxo Dan Afiq Memudahkan Barisan Serangan

Perlawanan antara T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) yang diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu adalah misi penting untuk skuad kendalian Ullises Morais bagi memastikan pasukan mereka dapat menjuarai Liga Super kali ke-4 berturut-turut.

Pasukan T-Team menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan Joseph Yannick Edjeng menjadi penyerang tunggal bagi pasukan tersebut. T-team tidak dapat menurunkan 2 pemain import iaitu Mohamadou Samassa dan Abdoulaye Maiga akibat mengalami kecederaan. Jadi, ianya memberi kesukaran kepada pengendali skuad T-Team, Rachmat Darmawan untuk meletakkan pemain gantian di posisi pemain import yang cedera itu.

t-team vs jdt kesebelasan utama

Manakala pasukan JDT pula menurunkan barisan terkuat mereka dengan kehadiran Afiq Fazail bagi menguatkan kekuatan di bahagian midfield dengan gandingan Natxo Insa dan Safiq Rahim. Mereka menggunakan formasi 4-3-3 dan wide attacker JDT iaitu Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra akan diletakkan di bahagian halfspace apabila attacking fullback JDT membuat overlapping mereka.

[AdSense-B]

JDT menguasai permainan dari segi serangan

JDT memulakan perlawanan dengan menguasai ball possession dan mengerakkan bola ke seluruh padang serta merangka serangan untuk menyerang kubu T-Team. Ramai pemain JDT memberi banyak sokongan width dan depth pada pasukan JDT.

t-team vs jdt cabrera 1

Kerajinan attacking fullback pasukan JDT juga perlu diberikan kredit kerana mereka membantu serangan di bahagian flanker dan juga tidak penat lelah untuk membantu bahagian pertahanan juga. Fungsi Cabrera dan Guerra yang diletakkan di bahagian halfspace bagi mereka memberi option pass pada flanker dan bahagian tengah pasukan JDT. Ianya juga membolehkan mereka melakukan serangan dari bahagian situ juga.

Di bahagian tengah JDT, trio JDT iaitu Natxo-Afiq-Safiq sering bertukar-tukar posisi mereka iaitu membuat rotation on their position. Ini menunjukkan fluidity dan chemistry yang baik antara mereka. Dengan ramainya pemain berada di atas ketika menyerang ianya memudahkan pada midfield pasukan JDT mempunyai banyak option bagi mereka untuk build up attack atau membuat killer pass pada penyerang mereka.

JDT kurang mendapat ancaman daripada pasukan T-Team

t-team vs jdt fadhli shas

JDT tidak dapat menerima banyak ancaman yang bahaya daripada T-Team kerana kebanyakkan serangan sangat mudah dipatahkan oleh pertahanan JDT. Dengan penguasaan bola yang baik oleh pasukan JDT, mereka memegang bola dengan senang dan sehingga berani meninggalkan 2 pertahanan di bahagian belakang sahaja ketika melakukan serangan.

Jadi, Marcos Antonio dan Fadhli Shas juga tidak mempunyai kerja yang berat bagi mereka untuk bertahan di bahagian mereka. Tetapi, terdapat juga ‘moment’ di mana penjaga gol JDT Izham Tarmizi tidak berkomunikasi dengan baik pada pertahanan JDT dan mereka bernasib baik kerana T-Team pada ketika itu tidak begitu offensive.

[AdSense-B]

Safiq Rahim dapat melepaskan diri daripada bayangan Natxo Insa

Pada perlawanan ini, kita dapat lihat prestasi Safiq Rahim yang banyak membuat gerakan build up. Beliau juga banyak mencipta peluang kepada rakan-rakan lain dengan through pass yang cantik dan crossing yang bagus. Hasilnya kita dapat lihat assist daripada beliau kepada Mohamad Ghaddar pada minit ke-40 dan sepakan sudut yang cantik terus ke Fadhli Shas pada minit ke-77.

Jikalau sebelum ini beliau sering membantu di bahagian pertahanan namun dengan adanya pemain seperti Natxo Insa dan Afiq Fazail, ianya meringankan beban Safiq untuk beliau tumpu sepenuhnya pada bahagian serangan atau membuat build up dari bahagian bawah.

Serangan T-Team yang tidak mempunyai kreativiti

t-team vs jdt marcos

T-team pula sering melakukan long ball ke bahagian flanker JDT, namun serangan mereka mudah dipatahkan oleh pertahanan JDT. Penulis dapat melihat pada perlawanan bahawa pemain T-Team seperti tidak mempunyai concentration pada perlawanan dan tidak mempunyai semangat untuk memenangi perlawanan ini.

Apabila T-Team ingin melakukan serangan, kebanyakkan pemain T-Team tidak memberi sokongan depth dan width pasukan. Ketiadaan komunikasi antara rakan-rakan mereka juga menjadi penyebab utama pada pasukan T-Team. Penyerang tunggal T-Team, Joseph Yannick Edjeng juga terpaksa turun ke bawah sehingga ke bahagian tengah pasukan bagi memberi support kepada rakan-rakannya yang lain.

Rangkaian untuk build up attack antara pemain juga tiada pada separuh masa pertama. Pada separuh kedua, coach Rahmact Darmawan telah mengarahkan pemain beliau untuk memperbaiki masalah rangkaian ini, namun ianya tidak berjaya.

[AdSense-B]

Defending third T-Team sangat longgar

Ketika bertahan pula, defensive line mereka ‘drop too deep’ sehingga berada di depan kotak 18-ela mereka. Mereka juga tidak aggressive untuk merampas bola, menutup gerakan daripada pemain JDT dan juga ‘delaying ball flowing’ untuk pasukan JDT. Mereka agak konservatif apabila berhadapan dengan pemain JDT.

Barisan pertahanan mereka juga memberi ruang yang amat besar kepada pemain JDT. Sebagai contoh, Gonzalo Cabrera dapat melepasi 3 atau 4 pemain T-Team dengan mudah seperti kelibat Messi di atas padang. Selain itu, penulis melihat bahawa terdapat pemain T-team seperti hilang arah tujuan dan apakah fungsi beliau di atas padang dari segi serangan mahupun bertahan.

Ini kerana ada kadangkalanya pemain tidak memahami arahan daripada jurulatih mereka atau mereka sendiri ingkar kan arahan daripada jurulatih mereka.

Kesimpulan

Kemenangan besar 6-1 ke atas T-Team di Kuala Terengganu ianya merapatkan pasukan JDT untuk meraih kejuaraan Liga Super kali ke-4 berturut-turut. JDT memerlukan 4 mata sahaja lagi untuk memastikan kejuaraan JDT menjadi hak milik kekal dan akan membawa piala tersebut ke negeri Johor Darul Takzim.

Pemain terbaik perlawanan

t-team vs jdt safiq rahim

Bagi penulis Safiq Rahim adalah man of the match pada perlawanan kerana dari segi vision dia yang tinggi dan kreativiti yang ada pada beliau telah ditonjolkan pada perlawanan ini. Ketenangan beliau ketika merancang serangan dan beliau telah memberi 2 assist pada perlawanan. Maka, Safiq Rahim beliau adalah berhak untuk mengambil gelaran pemain terbaik pada perlawanan ini

Baca juga: Liga Super 2017: T-Team 1 JDT 6, Semangat Juara Semakin Membara

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: