Mohd Shakir Shaari JDT

Shakir Shaari, adakah masanya sudah tiba?

Selepas mendapat perkabaran bahawa Harris Harun akan dipinjamkan, kami merasakan inilah masa yang sesuai untuk Shakir Shaari menempatkan dirinya semula dalam kesebelasan utama. Namun, pada perlawanan pembukaan coach Mora ingin mencuba Amirulhadi untuk posisi defensive-midfield.

Bagi pandangan kami, berdasarkan perlawanan tersebut membuktikan Amirulhadi bukan pilihan yang sesuai untuk posisi tersebut. Amirulhadi mempunyai offensive-minded seperti Safiq Rahim juga. Mempunyai dua orang pemain tengah yang lebih kepada menyerang boleh memberikan masalah kepada pertahanan JDT.

Jadi, kami berikan 5 sebab kenapa Shakir Shaari lebih sesuai untuk diletakkan di posisi ini.

5 Sebab Mengapa Shakir Shaari patut diberi peluang

1- Kebolehan beliau untuk melakukan dirty-work.

Sejak dari pasukan lama lagi, beliau memang terkenal dengan ketenangannya untuk bertahan dan melakukan dirty-work ketika diserang. Ketepatan beliau melakukan tackle sangat dikagumi.

Beliau juga mampu menyajikan fair-play yang baik sebagai seorang pemain tengah bertahan. Boleh dikatakan hampir 70% dirty-work yang dilakukan beliau sangat baik sebagai pemain tengah bertahan ini.

[AdSense-B]

2- Mampu membaca pergerakan pihak lawan dengan cepat

Ini juga merupakan salah satu elemen penting untuk menjadikan seseorang pemain tengah bertahan yang baik. Kemampuan untuk membaca pergerakan pihak lawan sebelum pasukan lawan berjaya sampai ke kotak penalti sangat penting.

Shakir Shaari antara pemain tempatan yang baik yang dapat membaca pergerakan pihak lawan lebih awal. Ketika di pasukan lama nya Kelantan, Badri Razi dapat bergerak bebas untuk menyerang tanpa perlu risau untuk bertahan kerana kehebatan Shakir Shaari ini.

3- Pengalaman bermain di antarabangsa dan bolasepak tempatan

mohd shakir shaari JDT afc cup

Shakir Shaari pernah beberapa kali mewakili pasukan negara dalam tugas-tugas peringkat antarabangsa. Selain itu beliau juga bermain di Piala AFC bersama pasukan Kelantan dan JDT sendiri.

Beliau merupakan antara watak penting ketika permulaan JDT didalam Piala AFC. Ketika bersama pasukan kebangsaan pula, persembahan beliau memang tidak pernah mengecewakan apabila diturunkan.

[AdSense-B]

4- Mampu merancang permainan dari bawah

Selain mampu bertahan kebolehan beliau ialah merancang permainan dari kawasan sendiri. Ketika bertahan beliau akan mendapatkan bola dari kaki pihak lawan secepat mungkin.

Dan ketika bola berada di kaki sendiri, beliau sendiri yang akan cuba menggerakkan permainan dari bawah untuk menyerang. Sudah beberapa kali beliau telah membuktikan kualiti ini ketika bermain untuk JDT atau Malaysia sendiri.

Boleh tonton video dibawah, assist Shakir untuk jaringan Safee Sali ketika menentang PKNS FC.

5- Kerajinan yang baik

Untuk menjadi seorang pemain tengah bertahan yang baik, seseorang itu perlu rajin. Mereka perlu rajin untuk melakukan pintasan, mengejar bola di kaki lawan dan rajin untuk turun bertahan dan naik menyerang.

Ini ciri semulajadi yang ada pada Shakir Shaari. Kerajinan beliau di atas padang tidak perlu disangkal lagi. Beliau akan berada di mana-mana sahaja jika pasukan lawan mula menyerang.

Beliau akan cuba sedaya-upaya untuk memintas pihak lawan sebelum sampai ke kawasan gol sendiri.

[AdSense-B]

Sudah tiba masanya untuk Shakir Shaari

Kami berpendapat sudah tiba masa untuk Shakir Shaari diberikan peranan ini kembali. Kesetiaan beliau kepada pasukan dan fokus yang sangat tinggi ketika latihan membuatkan kami rasa, beliau pengganti terbaik untuk Harris Harun buat masa ini.

Beliau tidak pernah sesekali merungut walaupun jarang diturunkan. Akan tetapi apabila diberi peluang untuk bermain, beliau sangat komited dengan tugasan.

Shakir Shaari SS16, sudah tiba masa untuk anda buktikan kemampuan anda!

Baca juga: Prebiu Liga Super #2: JDT vs Felda United, rekod dan statistik

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: