Apa Yang Perlu JDT Lakukan Untuk Ke Peringkat Kalah Mati
Hanya tinggal satu perlawanan dan peluang terakhir Johor DT untuk melangkah ke peringkat kalah mati berdasarkan beberapa kombinasi keputusan perlawanan. Ia merupakan satu tugas berat buat JDT dalam usaha untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam pertandingan Piala AFC 2018 buat musim keempat berturut-turut.
Dua kekalahan dari lima perlawanan peringkat kumpulan meletakkan juara Piala AFC 2015 dalam kedudukan yang sangat tidak menyenangkan di mana nasib JDT tidak berada dalam tangan mereka sendiri. Seperti yang dinyatakan, JDT berada di tangga ketiga dalam Kumpulan H dan memerlukan gabungan keputusan untuk memihak kepada mereka.
[AdSense-B]Dengan penentuan kedudukan kumpulan bagi mata yang sama ditentukan oleh dengan keputusan ‘head to head’, JDT hanya mampu mendapat maksimum 10 mata tetapi tidak akan dapat memintas Persija Jakarta untuk kedudukan teratas kumpulan berdasarkan perbezaan gol ‘head to head’. Persija menang 4-0 di Gelora Bung Karno mengalahkan kemenangan 3-0 JDT di Larkin.
Ini bermaksud satu-satunya harapan untuk JDT untuk melangkah ke separuh akhir zonal hanyalah dengan menjadi pasukan kedua terbaik dari tiga kumpulan ASEAN. Pada ketika ini, Home United berada di atas kumpulan mini ini manakala ditempak kedua pasukan Song Lam Nghe An dengan perbezaan gol +7 yang besar.
Dalam berjuang untuk menjadi pasukan kedua yang terbaik, JDT boleh mengabaikan Bali United dari Kumpulan G. Dengan perlawanan Selasa ini menentang Song Lam, keputusan perlawanan lain yang perlu memihak kepada mereka adalah yang melibatkan Home United menentang Ceres-Negros FC di Filipina.
[AdSense-B]Kemenangan 3-0 malam ini akan memperlihatkan JDT memintas Song Lam ditempat kedua dalam Kumpulan H tetapi itu tidak akan cukup untuk mengatasi Home United. Memandangkan perbezaan gol kedua-dua JDT dan Home United, JDT perlu menjaringkan sekurang-kurangnya sepuluh gol untuk memihak kepada JDT untuk melangkah ke peringkat seterusnya di Piala AFC.
Sebagai contoh, sekiranya JDT menewaskan Song Lam dengan 6-0 dan Home United kalah kepada Ceres dengan 4-0, maka JDT akan mempunyai 10 mata dan perbezaan gol +4, yang akan meletakkan mereka di atas pasukan Singapura itu. Berdasarkan rekod perlawanan sebelum ini, Home United hanya tewas sekali dan bahkan dengan skor tipis 3-2 dengan pasukan Boeung Ket dari Myanmar.
Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan sementara wisel terakhir belum ditiup, JDT masih mempunyai harapan ke peringkat seterusnya, walaupun peluang itu sangat kecil.
Sumber: Goal.com
Baca juga: Song Lam Nghe An FC Tetap Buru Kemenangan