Maxresdefault 1 1

Ini 6 Sebab Kenapa Bateri Telefon Cepat Habis & Cara Betul Jaga Jangka Hayat Bateri

Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.

Stress sebab terpaksa mengecas telefon pintar anda tiga empat kali sehari? Jangan beli telefon yang baru semata-mata sebab bateri handphone cepat habis. Membazir. Apa yang patut anda buat sekarang adalah kenal pasti punca kenapa bateri mengalir macam air.

Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati? Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.

1. Cas telefon bimbit sehingga 100%

Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.

2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati

Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.

3. Overheating

Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.

4. Gunakan pengecas wireless

Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.

5. Cas bersama case telefon bimbit

Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.

6. Overcharging

Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.

Sebelum ini, kami pun mengalami masalah yang sama. Tetapi setelah melakukan perubahan pada ‘Setting’ gajet, masalah ini dapat kami atasi. Opss bukan bermaksud bateri tahan lama sampai seminggu! Kalau sebelum ini kami hanya dapat guna 3 jam sehari, sekarang boleh tahan sehingga 4 jam sehari (contoh).

1. Buang aplikasi yang jarang atau tidak digunakan

Pergi pada Setting > Application, cuba lihat di bahagian ‘Running’. Wujud tak aplikasi yang anda rasa macam tidak pernah guna langsung selama ini? Jika jawapannya adalah ya, klik pada aplikasi tersebut dan pilih ‘Stop’ untuk memberhentikannya.

Apa kaitan melakukan langkah ini dengan menjimatkan bateri? Dengan melakukan ini, dapat menjimatkan penggunaan memori (RAM) di dalam gajet anda dan akhirnya menyumbang kepada penjimatan bateri.  Semakin banyak RAM yang digunakan, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan untuk menjalankan aplikasi-aplikasi tersebut

2. Nyah-pasang (uninstall) aplikasi yang memakan ruang RAM yg banyak

Tadi kita cuma ‘Stop’ sahaja. Sekiranya kita power off dan on balik, aplikasi tersebut akan berjalan kembali. Jadi lebih baik kita buang serta-merta. Selepas nyah-pasang, tidak perlu lagi pergi ke Setting untuk memberhentikan satu-satu.

Kami mahu berkongsi satu perkara berdasarkan pengalaman kami sendiri, iaitu selepas nyah-pasang aplikasi Facebook, bateri tahan lebih lama! Sebab apa? Cuba kaitkan dengan apa yang kami nyatakan di #TipsPertama

Ya tepat sekali apa yang anda tengah fikirkan. Sebab aplikasi Facebook memakan RAM yang agak besar. Tambah-tambah lagi ia SENTIASA berjalan di belakang tabir (sentiasa bersedia sekiranya ada notifikasi terbaru daripada akaun Facebook anda).

Jadi nasihat kami, sila gunakan pelayar internet di telefon anda sahaja jika mahu melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, etc. Selain menjimatkan bateri, dapat menenangkan fikiran anda daripada notifikasi ‘game request’ kawan-kawan anda. Hehe

3. Rendahkan kecerahan (brightness) skrin

Tips ini mungkin kita selalu dengar? Malangnya ramai yang tidak ambil kisah sedangkan ini antara faktor utama menyumbang kepada bateri handphone cepat habis.

Tukar ketetapan kecerahan skrin supaya ia lebih rendah. Lagi rendah lagi bagus dan yang paling afdhal adalah yang paling rendah. Mata kita tidak akan cepat berasa letih jika menghadap gajet dalam jangka masa yang lama. Peratusan untuk rabun juga dapat dikurangkan kepada 50 peratus.

4. Pendekkan tempoh masa skrin menjadi gelap (screen timeout)

Skrin menyala sepanjang masa <– anda pasti tidak mahukan ini! Bateri memang mengalir macam air jika dibiarkan skrin menyala. Kadang-kala kita memang sengaja letakkan masa panjang untuk skrin jadi gelap (mungkin tengah baca ebook, melayari internet, atau atas sebab-sebab lain).

Tetapi lepas selesai baca ebook tu, sila rajinkan diri untuk ubah balik screen timeout kepada serendah yang mungkin. Jika di telefon pintar Lenovo P780 saya, yang paling rendah adalah 15 saat.

Sebab itu wujudnya pintasan (lihat gambar di atas) untuk melakukan tugasan seperti mengubah tempoh masa skrin menyala, kecerahan skrin, etc. Gunakan kemudahan yang sedia ada. Jangan malas.

5. Tutup talian internet jika tidak digunakan

Tidak kisah samada anda menggunakan Wifi ataupun internet di sim kad, sila tutup sepanjang anda tidak memerlukan khidmatnya. Sekiranya anda dapat mendisplinkan diri melakukan #TipsKelima secara tidak langsung penggunaan kuota bulanan internet anda dapat diminimumkan. Boleh la bajet kuota untuk benda lain yang lebih penting dan utama.

6. Tutup GPS

Telefon pintar anda mempunyai unit GPS yang membolehkan penghantaran dan penerimaan isyarat ke dan dari satelit untuk menentukan lokasi tepat anda, seperti Google Maps  atau untuk mendaftar masuk di Facebook .

Apabila dibiarkan berjalan di latar belakang, beberapa aplikasi ini mungkin terus menghantar dan menerima isyarat. Ia memerlukan banyak bateri untuk terus melakukannya, walaupun anda tidak menyedarinya. Oleh itu, anda harus memastikan bahawa aplikasi tertentu ditutup apabila anda tidak memerlukannya.

7. Kurangkan Notifikasi

Notifikasi bukan sahaja menjengkelkan ia juga memakan banyak kuasa bateri. Setiap notifikasi/pemberitahuan masuk akan menyalakan skrin anda, membuat amaran bunyi atau bergetar.

Urus tetapan anda dengan baik dan matikan pemberitahuan yang tidak perlu untuk menyimpan sedikit kuasa bateri selain mengelakkan diri daripada rasa jengkel.

8. Kekalkan Suhu Sejuk

Sesetengah dari anda mungkin perasan bateri habis dengan lebih cepat apabila telefon pintar panas. Jangan tinggalkan telefon pintar anda di bawah sinar matahari atau di mana-mana tempat yang panas.

Bateri akan berfungsi secara optimum dalam persekitaran yang lebih sejuk. Cuba elakkan senario di mana telefon anda terdedah kepada haba yang tidak perlu dan berlebihan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: