Inilah Cara Buat Kek Pisang Paling Senang Guna Blender Jer
Sejak akhir-akhir ini, memang ramai yang ‘terjebak’ dengan resepi kek pisang. Di Malaysia, kek pisang telah menjadi kegemaran semua golongan kerana rasanya yang lemak, lembut, dan tidak terlalu manis. Kalau buat sendiri dah tentulah lebih berbaloi, dapat dimakan panas-panas bersama teh atau kopi. Memang terbaik!
Jadi, kami ingin kongsikan sebuah resepi kek pisang oleh Puan Hasyyati yang sangat mudah untuk anda cuba. Yang bujang-bujang tak perlu risau kalau tak ada ‘mixer’ dan ‘oven’, resepi kek pisang ini hanya menggunakan ‘blender’ dan alat pengukus. Kalau tak ada alat pengukus, boleh cuba kukus atas api dengan periuk atau menggunakan ‘rice cooker’. Insha Allah, tetap menjadi.
RESEPI KEK PISANG PALING SENANG, GUNA ‘BLENDER’ SAJA
BAHAN-BAHAN
Berikut adalah bahan-bahannya:
- 1 biji telur gred B
- 1 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan pisang lenyek
- 1 sudu soda bikarbonat
- 1 sudu baking powder
- 1 penutup botol esen pisang
- *Dalam tutorial ini, Puan Hasyyati buat 3 adunan terus, jadi kalau anda nak cuba buat sedikit dahulu, ikut saja sukatan di atas.
CARA-CARA
- KISAR TELUR DAN GULA- Mula-mula, masukkan telur dan gula ke dalam ‘blender’. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sedikit gula. Puan Hasyyati kurangkan setengah cawan. Kisarkan selama lebih kurang 5 minit.
- AYAK TEPUNG – Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, ketepikan dahulu.
- TAMBAHKAN BAHAN DALAM ‘BLENDER’ – Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dalam ‘blender’, masukkan pula minyak, pisang lenyek dan esen pisang. ‘Blend’ lagi dalam 3 minit.
- Adunan akan jadi seperti dalam gambar di bawah ini. Warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang. Dalam resepi ini Puan Hasyyati menggunakan pisang berangan.
- CAMPURKAN TEPUNG – Seterusnya, masukkan adunan tadi dalam tepung.Kaup-kaup saja dengan senduk hingga sebati.
- Inilah hasilnya selepas diadun. Tak pekat, tak cair. Sedang-sedang saja ya.
- KUKUS – Sekarang, bolehlah kita mula masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang. Panaskan ‘steamer’ atau pengukus terlebih dahulu sebelum meletak acuan. Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
- SIAP – Beginilah kejadiannya. Gebu ‘gebas’, memang terliur dan rasa nak ‘telan’ sekarang. Mudah, bukan?
RUGI TAK CUBA!
Lepas ini, ramailah yang boleh mencuba resepi kek pisang yang paling mudah ini. Sedap dan ‘moist’ saja rasanya. Sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk. Bak kata Puan Hasyyati, mesti ramai nak buat menantu! Jadi, tunggu apa lagi. Bahannya pun mudah saja nak dapat. Mesti cuba, ya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
Sumber: Petua Ibu