1

Hanya Perlukan 5 Bahan Ini Saja Untuk Buat Kuih Peneram, Sedap Dan Mudah

Kuih Peneram antara kuih tradisonal kegemaran ramai.Kecil, comel dan sedap makan panas-panas.Rupanya mudah je nak buat kuih peneram sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun tak banyak dan lebih jimat dan berbaloi berbanding dibeli.

Menurut perkongsian resipi oleh Puan Zalina Zali, kuih peneram ini hanya perlukan 5 bahan-bahan dan adunan dohnya perlu diperap sekurang-kurang 4 hingga 5 jam sebelum ditekap dan digoreng. Namun jika ingin lebih rasa sedap adunan doh tersebut perlu diperap semalaman.

Berikut antara perkongsian wanita ini;

“Siap mengoreng..buat kudap anak-anak duduk depan tv.Nak pulak peneram tengah panas-panas nie lagi la sedap”.

Resepi Peneram

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan tepung beras cap gajah 3
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*

Cara-Cara Membuat:

  • Bahan-bahan yang bertanda * tu campur dan masak sampai mendidih.
  • Siap terus tuang dalam tepung, kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas.

  • Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman.
  • Dah siap perap boleh lah tekap.

  • Goreng hingga masak.

Selamat mencuba!

Info Ekstra!

Sebelum tekap saya sapu minyak dulu dekat plastik..baru senang angkat.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: