Cara Buat Cheesy Wedges Homemade, Guna Teknik INI Kentang Mesti Tak Hancur!
Bila sebut makan kudap-kudap yang menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia sudah pasti ramai yang menyebut kentang goreng bukan? Bukan sahaja kentang goreng yang lurus, rupanya kentang goreng seperti cheesy wedges juga menjadi kegilaan ramai dan sering dibeli di restoran makanan segera.
Jadi, apa kata kali ini anda cuba pula menu cheesy wedges ini di rumah kerana dikatakan lebih jimat dan puas. Boleh makan berulang-ulang kali!
CARA BUAT HOMEMADE CHEESY WEDGES UNTUK MINUM PETANG
Bahan-bahan yang diperlukan:
-Kentang dalam 4-5 biji ikut kepada kuantiti orang makan
-Tepung bestari
-Serbuk parsley
-Garam dan serbuk lada putih
-Serbuk cheese
Cara-caranya:
1.Gosok atau berus kulit kentang sampai licin dan bersih. Potong kepada bentuk wedges.
2.Rebus kentang sampai empuk. Paling mudah adalah dengan cucuk menggunakan garfu kalau nak tau dah empuk atau belum. Jangan lembut sangat nanti hancur pula wedges.
3.Dah agak-agak empuk, toskan air.
4.Kentang yang sudah direbus tadi taburkan dengan tepung bestari (original/spicy), parsley, garam sikit je, serbuk lada putih. Gaul perlahan-lahan ya..nanti hancur pula wedges.
5.Gaul sampai jadi teman tapi mesra.
6.Gorengkan sehingga rangup.
7.Ini melanggar peraturan saya, sebab terlalu berlemak. Serbuk cheese saya beli dekat kedai runcit je. Sedap dan murah. Bancuh-bancuh cheese powder tadi dengan air panas dan siap!
8.Boleh cicah wedges tadi bersama sos cheese.
*Puas makan boleh cicah sos cheese banyak-banyak!
Sumber: Salimah Olie