Resepi AYAM GUNTING Homemade

Resepi AYAM GUNTING Homemade, Rupanya Kena Guna Tepung Ini Baru Lah Jadi!

Ayam gunting merupakan antara makanan yang sering dibeli apabila berkunjung ke pasar malam. Tapi, pasar malam pula bukan dibuka setiap hari. Jadinya, apa kata anda buat sendiri dengan mengikuti resepi ayam gunting homemade dari Puan Cheteq Faeazah ini.

Rahsia nak bagi ayam gunting menjadi, anda kena pakai satu tepung ini. Kalau nak tahu tepung apa, jom ikuti resipi di bawah!

RESEPI AYAM GUNTING HOMEMADE

Gambar hiasan: ayamguntingjai

Alkisah anak suka sangat ayam gunting depan sekolah dia, harga okay la RM 1.50 satu. Sedap makan panas-panas. Nak tanya tukang jual segan resipi dia, banyak kali cuba, tak menjadi macam-macam resipi cuba.

Bulan lepas lalu resipi “cireng” dekat Tiktok. Cuba buat sedap dan tepung dia sebijik rasa tepung ayam gunting itu. Selepas itu, terjadi lah ilham ayam gunting version sendiri malam ini. Alhamdulillah, puas hati anak-anak makan.

Bahan-bahan:

Gambar: Cheteq Faeazah

  • Isi ayam
  • Tepung ubi
  • Gula
  • Garam aji @ serbuk cukup rasa
  • Lada putih tawar (jangan guna brand ajinomoto-masin)
  • Air kosong untuk celup ayam

Cara-cara:

Gambar: Cheteq Faeazah

  1. Sediakan tepung ubi dan masukkan cukup rasa sedikit @ garam + aji sedikit.
  2. Perap isi ayam dengan 1 sudu gula + 2 sudu tepung ubi sedikit dan digaul basah. Saya asingkan isi ayam dengan tulang. Kalau boleh ambil isi saja dan potong nipis dan besar 4 sentimeter macam itu lah.
  3. Celup tepung, tekan-tekan sikit ayam jangan terlalu nipis dan tebal.
  4. Kemudian, celup air dan celup tepung lagi sekali.
  5. Baru goreng tengelam minyak hingga garing dalam 2 minit sambil tu balik-balik kan ia.
  6. Dah siap tabur sedikit serbuk lada putih, kalau ada serbuk cili lagi sedap.

Sumber: Cheteq Faeazah via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: