Cara Mohon Bantuan Moratorium 6 Bulan Mulai Hari Ini!
Sukacita diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lepas dalam pakej PEMULIH bahawa dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
CARA MOHON MORATORIUM 6 BULAN
Tidak pasti cara memohon moratorium selama 6 bulan? Ketahui 3 saluran untuk mendapatkannya dengan mudah dan cepat.
1. Borang web
2. E-mel
3. Panggilan telefon
Permohonan dibuka esok (7 Julai). Untuk khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui https://services.akpk.org.my
Layari bnm.gov.my/RA untuk maklumat lanjut. Mengalami masalah dengan permohonan atau menghubungi bank? Maklumkan kepada kami melalui bnm.my/RAsurvey.
1.Borang web
2.Email
3.Panggilan telefon.
Untuk peminjam yang layak, anda akan diberikan kelulusan secara automatik selepas 5 hari.
Sumber: Bank Negara