Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki, Jangan Biarkan Kuku Anda Rosak
Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.
Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Sakitnya memang teramat sangat dan menyeksakan. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya. Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh.
Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Adakala nak menggerakkan kaki pun payah. Kadang-kadang duduk diantara dua sujud pun teramatlah sakitnya. Nak pakai kasut atau stoking terasa terseksa, apa tah lagi kalau terlanggar benda-benda keras. Memang menjerit dan menangis la jawabnya.
Cagu dikenali sebagai ‘unguis incarnatus’ yang dinamakan penyakit yang tumbuh dalam kuku. Kuku tumbuh sehingga memotong ke sisi salah satu atau kedu-dua kuku. Kuku yang tumbuh kedalam kulit/daging, boleh menyebabkan cagu. Cagu paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Ia juga dikenali sebagai cengkam kuku.
Cengkam atau cagu kuku bukanlah benaar-benar tumbuh kedalam daging kuku. Pengertian tumbuh yang sebenar mungkin akibat peradangan daging di sekitar kuku. Kuku menjadi tertanam dan lembut di bawah daging yang telah meradang di sekitarnya.
Punca Cagu Kerana :
- Cara pemotongan kuku yang salah
- Terlebih potong kuku hingga mengcungkil ke celah dalam kulit
- Memakai kasut yang ketat terlalu lama
- Memaksa memasukkan kaki hingga hujung jari sempit
- Kuku tumbuh dengan tidak sempurna lalu mencengkam ke dalam kulit daging
Petua-Petua Cagu Seperti :
1) Daun Inai – Cuba dengan menggunakan daun inai. Ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. Kemudian, balutkan pada ibu jari yang kena cagu tu. Biarkan sampai ia kering dan baru lah buangkan inai tadi
2) Daun Keembung Putih – Cuba anda gunakan daun keembung putih pula. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.
3) Cili Kering – Ambil setangkai cili kering. Kemudiannya potong di bahagian hujung cili kering tersebut. Ambil minyak masak dan kemudian isikan cili kering tersebut dengan minyak masak tersebut. Isi dalam kuantiti yang sedang-sedang, jangan sampai melimpah keluar minyak daripada cili tersebut. Selepas itu layurkan cili kering tersebut dengan api sehingga jadi kehitam-hitaman. Boleh pakai lighter, lilin atau pun sekadar layurkan pada api dapur. Minyak yang berada di dalam cili kering tersebut kemudiannya disapu dan dilumurkan pada bahagian kuku cekam tadi. Ulang petua ini sehingga kuku cekam tersebut sembuh.
4) Santan Pekat – Boleh juga guna santan pekat. Ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi perah santan pekat kat atas cagu/cekam, kemudian biarkan selama 20 minit bergantung pada betapa parah cagu itu. Lagi lama pun x per. Kalau rasa da ok sikit basuh kaki bersih-bersih.
5) Merendam kaki – Anda dinasihatkan untuk merendam dahulu kaki selama 20 minit di dalam air garam untuk melembutkan bahagian kuku yang bermasalah. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk membuang serta mengurangkan jangkitan dan kesakitan.
6) Cuka epal – Beberapa titik cuka epal dimasukkan ke dalam air rendaman kaki boleh mengurangkan jangkitan pada kuku yang terkena cagu. Ia boleh membunuh kuman dan bakteria yang ada di bahagian tersebut.
7) Sabun antibakteria – Masukkan sabun antibakteria ke dalam air rendaman agar dapat mematikan bakteria yang boleh menyebabkan nanah di bahagian tersebut. Setelah ia kering, sapukan dengan ubat anti bakteria.
8) Lemon – Lemon juga sebenarnya mampu mengubati kuku yang terkena cagu. Caranya ialah dengan mengikat hirisan nipis lemon pada bahagian kuku yang terkena cagu. Biarkan ia semalaman dan ia boleh mnghindari jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan.