Cara Rebus Kerang Tanpa Guna Air

Cara Rebus Kerang Tanpa Guna Air, Isi Lebih Lembut & Tak Liat!

Kerang memang sedap untuk dimakan apabila dimasak secara bakar atau rebus. Apabila anda menggunakan cara merebus kerang, sudah pasti anda akan menggunakan air bersama rencah seperti serai dan bawang bagi menghilangkan bau hanyir kerang tersebut. Rupa-rupanya, anda boleh merebus kerang tanpa menggunakan air dan katanya cara ini akan menjadikan isi kerang lebih lembut dan tam berair!

CARA REBUS KERANG TANPA AIR, ISI LEBIH LEMBUT

Semalam saya ada beli kerang. Memandangkan ada friends/followers nasihat bahawa kerang tak elok disejukbekukan, jadi saya terus buat keputusan untuk rebus. Untuk merebus kerang, ikut tips isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman, tak perlu guna air pun.

Pelik, kan, rebus tak guna air? Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan. Saya kongsi caranya di setiap gambar ye. Saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah!!! Alhamdulillah.

1.Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.

2.Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.

3.Nampak berasap macam ni sebab tak ada air. Macam misteri nusantara menyelebungi. Hehehe.

4.Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.

5.Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.

6.Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.

Sumber: Syahr Musafir

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: