Corbin Gembira Buka Akaun Jaringan Bersama JDT
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’Vere Corbin-Ong, akhirnya menjaringkan gol pertamanya bersama skuad Harimau Selatan ketika mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super kelmarin.
Corbin, pemain kacukan berdarah Malaysia dan Barbados, dibawa masuk JDTpada November tahun lalu dan kini sudah melakukan 14 penampilan dalam semua kejohanan.
[AdSense-B]Bagaimanapun, gol pertamanya bersama pasukan hadir ketika bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, menerusi tandukan yang berpunca daripada kekalutan dalam kawasan penalti tuan rumah pada minit ke-37.
“Secara peribadi, dapat menjaringkan gol tentunya memberikan perasaan yang hebat, lebih-lebih lagi ia membantu pasukan.
“Seluruh pasukan beraksi dengan baik bersama-sama dan menjaringkan empat gol,” katanya.
Selain itu, turut mencuri tumpuan adalah kelibat pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor, yang meneruskan aksi terpuji mengawal gerakan pasukan bersama kapten, Harris Harun.
[AdSense-B]Walaupun dalam perlawanan itu Nazmi tidak menjaringkan gol seperti yang dilakukan ketika beraksi menentang Selangor sebelum ini, namun dia tetap menjadi nadi utama JDT dalam menjana beberapa umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan untuk menghasilkan gol.
“Alhamdulillah, kami bekerjasama sebagai satu pasukan dan ia membuatkan saya yakin dengan rakan-rakan yang lain. Syukur kami dapat meraih kemenangan,” ujar Nazmi.
Sumber: Stadium Astro
Baca juga: