Dari Arkib: Apabila Johor DT menjuarai Piala AFC 2015
Dengan Piala AFC 2017 peringkat kumpulan yang akan dijalankan minggu ini, kami ingin mengimbas kembali ke tahun 2015 dan mengenang kejayaan penuh bersejarah Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala AFC 2015 buat pertama kali.
Prestasi yang gemilang
Apabila pemain tengah dari Argentina Leandro Velazquez berjaya memberikan kemenangan 1-0 JDT ke atas wakil Tajikistan, FC Istiklol pada perlawanan akhir Piala AFC 2015 ia menjadi satu kejayaan yang bersejarah bagi pasukan JDT.
Pada hari yang penuh drama itu, Velazquez menjaringkan gol pada minit ke-23 dengan tendangan leret untuk mendapatkan trofi itu buat JDT, seterusnya menjadi kelab pertama dari Malaysia untuk muncul di perlawanan akhir antara kelab sejak kekalahan Selangor diperlawanan akhir Club Championship pada tahun 1967 yang julung kali diadakan di Asia.
Bermain di hadapan ribuan penonton yang memenuhi Stadium Central Republikan di ibu negara Tajikistan itu, Istiklol mendapat sokongan daripada majoriti penonton dan pasukan tuan rumah lah yang paling cepat ‘settle down’ dan yang mempunyai peluang menjaringkan gol yang lebih baik.
Percubaan Manuchehr Dzhalilov yang paling hampir untuk memperolehi gol pertama Istiklol apabila rembatannya lolos di bawah penjaga gol Farizal Marlias, hanya ada Aidil Zafuan untuk mengeluarkan bola tersebut dari zon bahaya. Selepas itu, Velazquez memaksa penjaga gol Istiklol Nikola Stosic untuk beraksi cemerlang.
Dzhalilov sekali lagi terlibat apabila percubaannya ditepis keluar. Kemudian, Manuel Bleda melakukan voli yang melepasi palang dan Istiklol terus menyerang tetapi, pada minit ke-23, JDT berjaya mendahului tuan rumah.
Pertahanan Istiklol gagal mengeluarkan sepakan sudut Safiq Rahim dengan selamat dan Velazquez berlari ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan tendangan leret di bawah Stosic dan ke sudut bawah.
Istiklol merasakan mereka telah menyamakan kedudukan enam minit selepas babak kedua apabila Dzhalilov berjaya meletakkan bola di belakang, tetapi jaringannya telah dibatalkan kerana ofsaid.
Masa semakin suntuk, Istiklol pula semakin tertekan. Dengan baki 17 minit, percubaan akrobatik Dzhalilov melepasi palang ditepis oleh Farizal Marlias, manaka beberaa saat kemudian, Bleda hampir berjaya meletakkan bola melepasi garisan gol.
Istiklol terus menyerang dengan kedua-dua percubaan Dzhakhongir Dzhalilov dan Manuchehr Dzhalilov hanya mengenai tepi jaring dengan tendangan dari dalam kawasan penalti, walaupun terdesak untuk mendapatkan gol, mereka masih buntu untuk memecahkan benteng pelawat dan akhirnya JDT berjaya mencatat kemenangan dan meraikan dengan sebilangan kecil penyokong JDT yang datang ke Tajikistan.
Baca juga: Piala AFC: Bolehkah kemenangan pertama JDT menaikan MA ranking Malaysia?