Deko Rumah Masyarakat Cina?
Saya tak tau macam nak explain benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah. Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, thats it. Kalau renovate pun, kami make sure reno yang penting-penting dan amat berguna saja.
Contohnya, buat table top dan cabinet kitchen atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry. Of course la kabinet kan tempat untuk simpan mangkuk-mangkuk. Eh? Asal lain macam je bunyinya? ? Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu. ? Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.
Hiasan dalaman pun sama. Kalau korang biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada. Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel! Haha.. Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.
Tu saya pelik bila kawan-kawan wife saya dah beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu. Banyak rugi woo.. kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, cabinet kitchen ke atau extend dapur sikit. Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Mostly kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi. Haha..
Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan. Orang Cina cukup suka makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti. Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.
Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyaak spend duit untuk makanan.
Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience. Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan? Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.
Adam Kelvin
Okaylah. Banyak pula saya tulis malam ni. Bagi saya rehat 4-5 hari sekejap ya. ?