Mencari Ayah

Di Mana Mohd Yusof Omar?

MERSING – Seorang bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga bulan depan mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali.

Siti Norhafizah Mohd Yusof, 23, berkata, hubungan mereka terputus sejak bapanya, Mohd Yusof Omar, 49, dan ibunya, Norrina Normat, 41, bercerai 22 tahun lalu.

[AdSense-B]

“Selepas bercerai dengan mama pada 1996, abah tinggalkan Mersing sampai sekarang kami tak pernah jumpa atau berhubung.

“Saya ada juga cari maklumat tentang abah, terakhir saya tahu dia berlakon dalam drama Dilema Wanita untuk RTM. Itu pertama kali saya tengok selain daripada gambar-gambar lama yang masih ada dalam simpanan mama,” katanya.

Siti Norhafizah akan bernikah dengan tunangnya pada 22 Jun ini di Kampung Tenglu, Mersing.

Menurutnya, alamat terakhir yang diperoleh, bapanya itu tinggal di Gombak, Selangor.

[AdSense-B]

“Kami pernah tanya keluarga sebelah abah tapi tak dapat nombor telefon dia untuk dihubungi.

“Saya harap abah dapat hubungi kami semula di talian 0197788857 atau 0177762911,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: