Jorge Pereyra Diaz

Diaz Azam Terus ‘Luaskan Kuasa’ JDT

Ibarat sirih pulang ke gagang, Jorge Pereyra Diaz jelas gembira apabila kembali menyarung semula jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) yang membuka tirainya 3 Februari ini.

“Sudah tentu saya gembira beraksi semula untuk JDT. Ia kelab yang saya sayang dan amat selesa bermain. Malah, saya berazam memberi persembahan terbaik nanti.

“Musim depan, saya akui cukup mencabar memandangkan pasukan lain juga membuat persiapan rapi.

[AdSense-B]

“Secara peribadi saya idamkan untuk sekali lagi muncul penjaring terbanyak selepas melakukannya pada musim 2016.

“Itu adalah impian saya, namun paling mustahak kerjasama berpasukan untuk menghasilkan kemenangan,” katanya.

Sebelum kembali menyertai Harimau Selatan, Diaz dipinjamkan ke kelab Club Leon yang bersaing di Liga Mexico selama semusim.

Jorge Pereyra Diaz jdt 2018

Pastinya, kehadiran Diaz yang akan bergandingan dengan Luciano Figueroa bakal menguatkan lagi jentera serangan skuad kendalian Ulisses Morais itu.

Diaz berkata, sejak mengikuti latihan kendalian Morais seminggu lalu tampak berjalan lancar termasuk perancangan taktikal yang akan dibentuk menjelang aksi kelayakan ACL dan Liga M.

Katanya, dia tidak berdepan masalah untuk memahami corak permainan rakan sepasukan memandangkan sudah mengenali antara satu sama lain serta pernah beraksi musim lalu.

[AdSense-B]

“Saya baru saja mengenali Morais. Beliau memiliki sikap positif dan sentiasa beri tunjuk ajar tentang taktikal.

“Saya optimis skuad JDT musim depan lebih mantap dan kami akan berusaha mempertahankan kejuaraan Liga Super,” kata Diaz.

Apa pun bintang import skuad Harimau Selatan itu mengakui persiapan lebih rapi harus dilakukan bagi berdepan Muangthong United FC pada pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), 23 Januari ini.

diaz vs kedah

Ia adalah misi utama bagi memburu tempat ke saingan kumpulan ACL buat pertama kali.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Hariss Harun Mensasarkan Kejuaraan Liga Super 2018

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: