MALAYSIA. Johor Bahru: JDT's Player Natxo Insa Bohigues Celebrates His Goal During Malaysia Cup Match Between JDT And Sarawak At Larkin Stadium On July 4th, 2017. Photo By Nizam Rahman - Www.asiana.my

Nelo Vingada Wajar Memanggil 4 Pemain JDT Ini Untuk Menentang Korea Utara

 

Dalam usaha mencari kemenangan pertama Harimau Malaya untuk tahun 2017, jurulatih skuad kebangsaan Nelo Vingada memiliki dua perlawanan menentang Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019 pada bulan November untuk memperolehi tiga mata. Berikut adalah 4 pemain JDT yang perlu dipertimbangkan jurulatih kelahiran Portugal tersebut.

Fazly Mazlan

Agak mengejutkan apabila penampilan terakhir Fazly Mazlan bersama skuad kebangsaan adalah lebih setahun yang lepas. Beliau merupakan seorang pertahanan kiri yang terbaik walaupun persembahannya sedikit menurun dibandingkan musim yang lalu.

Fazly Mazlan

Nazirul Naim Che Hashim menjadi pemain yang sesuai dalam membentuk pertahanan Malaysai namun sedikit kekurangan berbanding Fazly yang dilihat mempunyai kelebihan.

Ada cadangan untuk Vingada tidak memanggil pemain berusia 23 tahun tersebut kerana beliau memerlukan lebih masa dengan pemain tersebut yang mana JDT tidak membenarkannya kemungkinan kerana mereka kekurangan pilihan di bahagia pertahanan.

[AdSense-B]

Fadhli Shas

Setahun yang lalu, Persembahan Fadhli adalah yang terburuk. Pemilihan beliau dalam skuad Piala AFF Suzuki dipersoalkan peminat bola sepak tempatan. Pemilik JDT, Tunku Ismail juga menyatakan bahawa pemain pertahanan tengah tersebut tidak layak memiliki tempat dalam skuad tersebut.

fadhli shas meningkat

Kini, Fadhli boleh dikatakan sebagai seorang pertahanan tengah tempatan terbaik dalam Liga Super Malaysia. Beliau berjaya menyingkirkan Aidil Zafuan sebagai pemain pertahanan tengah dalam skuad Harimau Selatan dan menjadi pemain penting di barisan pertahanan berikutan kecederaan masa panjang Marcos Antonio pada Julai yang lalu.

Fadhli pernah dipanggil Vingada bulan September lalu namun terpaksa menarik diri berikutan kecederaan. Penyingkiran beliau awal bulan ini agak mengejutkan walaupun sebenarnya beliau cergas dalam saingan domestik.

[AdSense-B]

Junior Eldstal

Pemain berdarah kacukan Sweden ini perlahan-lahan menyesuaikan diri sebagai pertahanan tengah. Beliau sebelum ini memulakan kariernya sebagai pemain tengah beberapa tahun lalu.

Junior eldstal

Walaupuna kurang kelajuan, Eldstal menjadikan ketinggian dan fizikal beliau sebagai asset untuk memenangi pertembungan. Eldstal baru bebas dari kecederaan bahagian belakang semenjak 2 musim lepas. Seperti Fadhli Shas, beliau juga berjaya menyingkirkan Aidil untuk mengambil alih tugas kesebelasan utama. Eldstal menjadi pemain pilihan utama semenjak Marcos dilanda kecederaan.

Pemain yang berusia 26 tahun ini juga dilihat lebih berkeyakinan jika dibandingkan dengan Shahrom Kalam dan Khairul Helmi Johari yang mula digandingkan semenjak menentang Hong Kong pada 10 Oktober lalu. Shahrom yang sering melakukan kesilapan bersama Perak manakala Khairul Helmi dilihat tidak sesuai untuk saingan antarabangsa.

[AdSense-B]

Natxo Insa

Tunku Ismail sebelum ini oernah mendedahkan bahawa Insa yang baru tiba dari Levante dalam saingan Liga Sepanyol pada pertengahan musim ini hanya akan bermain untuk Malaysia tahun hadapan. Walaubagaimanapun ianya boleh berubah dengan ketiadaan Safiq Rahim yang digantung perlawanan.

Natxo Insa

Insa dilaporkan meminta untuk digugurkan bagi mengelakkan keletihan dan untuk menyesuaikan diri di Malaysia. Walaubagaimanapun Vingada boleh cuba memujuk Insa untuk melakukan penampilan pertama lebih awal daripada yang dijangkakan memandangkan Liga Super yang akan berakhir sebelum kelayakan Piala Asia.

[AdSense-B]

Pemain tengah ini menunjukkan persembahan yang menarik di tengah padang menyebabkan ramai peminat yang mengharakap penampilan beliau bersama skuad kebangsaan.

Adik Insa sebelum ini telah pun membuat penampilan bersama Harimau Malaya pada September yang lalu.

Sumber: fourfourtwo.com

Baca juga: Terengganu Akan Lebih Kuat Musim Depan Dalam Misi Untuk Mengakhiri Dominasi JDT – Irfan Bakti

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

This Post Has One Comment

Comments are closed.