711865 720

Makbulnya Doa Terbaik Dari Seorang Isteri. Lakukan Cara Ni Sungguh-sungguh

Kekuatan doa memang semua maklum cukup luar biasa. Ia ibarat senjata buat perisai jiwa agar tidak kenal erti putus asa. Lantas kita sebagai isteri seharusnya jangan pernah terlupa untuk mendoakan pasangan kita agar ia mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan kekal mencintai kita sebagai isterinya agar kebahagiaan berumah tangga dapat dinikmati.

Berdoa dan terus berdoalah! Memahami ada waktu-waktu yang sesuai dan terbaik untuk si isteri menadah tangan memohon doa, ayuh kita baca perkongsian daripada Encik Muhammad Hassan ini.

MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini. Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?

Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.

Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata. Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

“ya الله ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia,jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU.

Jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak”

⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️

Sumber : Muhammad Hassan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: