Eduardo Almeida Berharap Melaka United Mampu Melakukan Kejutan Bertemu JDT Jumaat Ini
Jurulatih Melaka United (MU), Eduardo Almeida berharap anak buahnya mampu melakukan kejutan ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.
Menurutnya, di atas kertas JDT sememangnya pilihan tetapi menegaskan bukan sesuatu yang mustahil anak buahnya mampu mengikat atau menewaskan Harimau Selatan.
[AdSense-B]“Walaupun hilang tonggak pertahanan Jasmin Macenovic kerana cedera tetapi saya yakin benteng mampu menahan asakan lawan,” katanya.
Almeida juga menafikan dia tidak mementingkan aksi menentang JDT tatkala kedudukan skuad Hang Tuah dalam Liga Super masih belum selamat.
“Kami ada baki tiga aksi liga menentang Perak, Selangor dan Kelantan dalam misi kekal di Liga Super 2018. Apapun, fokus kami terarah berdepan JDT.
[AdSense-B]“Mana tahu kami mampu melakar kejutan menewaskan lawan sekali gus mara ke separuh akhir,” katanya.
Sementara itu, pengurus MU, Datuk Mohd Yusoff Mahadi optimis skuad kendalian Almeida mampu melakukan kejutan ke atas JDT.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Safee Sali Percaya Luciano Figueroa Akan Berjaya Sebagai Pengarah Sukan JDT