Eksistensi Marcos, Algoritma Empayar Daksina
Marcos Antonio Elias Santos.
Dilahirkan pada tanggal dua puluh lima Mei sembilan belas lapan puluh tiga di pekan kecil Alagoinhas, Brasil. Mempunyai ketinggian satu perpuluhan lapan tujuh meter. Bakat Marcos telah dikesan seusia remaja. Tahun dua ribu satu bermulalah kerjaya. Corinthiansi Alagoano kelab pertama.
Arakian itu, Marcos mula berkelana, Fc Porto B, Academica de coimbra, Aj Auxerre, PAOK FC antara kelab yang pernah mendapatkan khidmatnya. Sebelum behijrah ke Bundesliga. Namun perjalanan tidak seindah. Disana terpalit cherita bersejarah.
Yang mampu membuat Marcos rebah, yang mampu meninggalkan titik hitam dalam nama.
[AdSense-B]“Bagai Badai Siklon Catarina”
Kisah hidup Marcos juga bukan sebuah cerita yang arsa namun bervariasi. Tahun dua ribu sembilan kanser tekak tahap awal dapat didiagnosis. Perkara ini disahkan oleh pakar otolaryngologist. Namun penyakit itu berjaya di nyah aktif, setelah dua bulan marcos pasif.
“Emigrasi ke Tanah berdaulat”
Satu nama yang pada mulanya bukanlah dialu-alukan datang ke tanah Jauhar. Hadir nya dijadikan bahan jenaka oleh sang pembenci sa-malaya. Kisah nya pada tanggal 29 September semasa mewakili FC Nuremberg menentang Vfb Stuttgard menjadi bahan ketawa merendahkan Karisma.
Kesilapan dan kecuaiannya dijadikan indikator bahawa pembelian ke Jauhar adalah petanda prolog kejatuhan Harimau Selatan sudah bermula.
“Gaharu dibakar, kemenyan berbau”
Primitif akal infeksi primer yang penuh prejudis.Polemik terus menjadi kudis. Menukarkan posisi Marcos dengan Bhaihakki dikatakan abnormal. Namun Tunku tetap berfikiran rasional dalam intonasi normal.
“Tanggal 5 Mei dua ribu empat belas menjadi saksi. Dua puluh lima ribu peminat jadi permerhati.”
Penampilan pertama Marcos adalah perlawanan menentang Pahang di Stadium Larkin bagi perhitungan Piala Fa pusingan pertama. Nombor empat puluh empat dijadikan pemula dan perlawanan berakhir pula dengan satu sama. Ketika itu peminat sudah mula membuka mata.
Reaksi gamam dan gumam tak terkata oleh sang pembenci berhati aseta. Maka sebermulalah sebuah plot dan prolog sebuah cherita. Pahlawan Latin ini mula merintis sejarah. Di Tanah Jauhar jiwa raga mula diteroka.
[AdSense-B]“Prakarsa empayar di Tanah Daksina”
Dua ribu empat belas, Harimau Selatan telah dinobatkan sebagai juara Liga Super Malaysia buat julung kalinya, setelah kecewa dengan beberapa piala. Piala agung ini jadi pengubat derita. Egosentrik pasukan Sa-malaya mula berubah. Mula bersatu lalu mengadu domba.
Bimbang dan khuatir ini membawa malapetaka. Jatuhnya fondasi empayar mereka tidak bertanda. Harimau Selatan Gah di persada, bersimpuh dirgahayu menduduki takhta, mereka pula duka lara kasmala. Antan patah lesung kemana.
“Reinkarnasi Pahlawan Unggul”
Rentetan selepas itu bermulalah langkah bergaya Marcos di Tanah Jauhar ini. Tiga tahun menjulang Piala Liga Super tanpa henti. Piala Sumbangsih dapat didakap dua kali. Piala AFC dapat direntap pertama kali dari ingkarserasi, juga Piala FA walaupun hanya satu kali.
Marcos dan Stadium Larkin tidak boleh dipisahkan,segala kenangan bagai terikat dan terpahat di sini buat selamanya
“Vivant Sequentes”
Penampilan pertama di Larkin, dan penampilan terakhir juga di Larkin. Jaringan pertama bersama Harimau Selatan ketika menang dua kosong menentang Tok Gajah pada dua belas april dua ribu lima belas adalah di Larkin.
Jaringan terakhir pada tanggal Empat Julai dua ribu tujuh belas ketika menang dengan Bujang Senang juga di Larkin. Segala bermula di saksikan di sini, Semua pengakhiran ditangisi juga di sini.
“Teologi Selamat Tinggal”
Marcapada ini, Kita dalam perjalanan meniti menjulang Piala Liga Super buat keempat kali, tapi kali ini mungkin adalah tahun akhir Marcos bersama skuad ini. Kecederaan yang dialami ketika menentang skuad Seladang pada 26
Julai 2017 tempohari, menjadi saksi akhirulkalam untuk Marcos tempuhi.
Segalanya bermula dengan kecederaan pada minit ke 80 selepas berhempas pulas mempertahankan benteng ampuh supaya tidak dibolosi.
“Norma kehidupan memang begitu, Ekspedisi kehidupan,atma harus jitu, Walaupun gatra ditikam trisula, Jangan Masgul walaupun samsara”
[AdSense-B]Kecederaan Acl ibarat kanser dalam sukan. Amat ditakuti dan paling perlu dielakkan. Pada usia 34 tahun, Marcos terpaksa menerima kecederaan ini adalah satu pengakhiran. Amat sukar untuk kembali cergas dengan segera dalam usia sedemikian.
Maka jersi Merah Biru ini terpaksa dilucutkan. Selamat tinggal adalah ucapan paling bertepatan.
“Siang menjadi angan-angan,malam menjadi buah mimpi”
Segala kenangan bersama nombor enam ini akan disimpan rapi,sentiasa akomodasi dalam setiap diri.Akan kekal asimilasi dalam jiwa ini. Syahadan, Selepas ini hampir pasti tiada lagi kelibat Nombor enam yang sering
bebalut kepala.
Tiada lagi nombor enam mengawal benteng gagah bermaharajalela. Hanya tinggal cherita yang memberi obligasi. Hanya coretan sejarah memanifestasi.
Akhir kalam,
Darah kita mengalir sama, Jiwa kita utuh menyokong nyawa, Walaupun kesudahan cherita tidak seindah, Kau tetap dalam kenangan kisah terindah, Takkan destruktif dalam sejarah, Tetap eksistensi di Tanah Jauhar…
[AdSense-B]Terima kasih nombor enam!
Di Atmosfera Biosfer namamu kami tanam.. Artistik dari manusia satu denyut. Terimalah,
“EKSISTENSI MARCOS,ALGORITMA EMPAYAR DAKSINA”
Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air, Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
??
-cheritha sudah tammat-
Nurkilan dan gambar didalam artikel ini adalah sumbangan salah seorang pembaca kami iaitu En Hafiz Othman.
Baca juga: Fadhli Shas: Peningkatan Drastik Yang Melegakan Penyokong JDT