PETUA TRADISIONAL RAWAT EKZEMA GUNA DAUN SOLOK 2

Ekzema Anak Makin Pulih & Kurang Gatal, Hanya Guna Daun Solok Macam Ibu Ini Buat

Masalah ekzema boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan menerusi perkongsian seorang wanita di laman Facebook, ada satu petua tradisional rawat ekzema yang berkesan dengan hanya menggunakan daun solok sahaja.

Jelasnya, selepas beberapa hari menggunakan petua ini, gatal akibat ekzema yang dialami oleh anak semakin berkurangan.

PETUA TRADISIONAL RAWAT EKZEMA GUNA DAUN SOLOK

Hari ini saya nak kongsi result selepas mengikut petua cara tradisional merawat ekzema anak. Petua ini diajar oleh seorang Uncle Cina.

Alhamdulillah selepas 3 hingga 5 hari rawatan, anak saya tidak bergaru siang malam, tak menangis dan tidur pun nyenyak. Makan pun kena jaga juga kerana takut gatal disebabkan alergik.

Jadi, kepada ibu ayah yang sama macam saya iaitu anak ada masalah ekzema atau sakit kulit, jangan sesekali putus asa. Boleh guna cara tradisional ini kerana semula jadi, selamat dan jimat. Allah dah kurniakan secara percuma, kita hanya perlu usaha untuk cari dan amalkan.

Jangan cuba sekali sahaja dan berhenti. Kena cuba sampai benar-benar sembuh dan hilang semua kesan-kesan gatal. Senang hati saya bila tengok anak tak takut nak mandi kerana tak ada rasa pedih dah. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Uncle Cina sebab bagi tahu petua ini.

Antara lokasi di Sarawak yang saya jumpa daun solok ini adalah di Lutong, Miri. Kalau nak ambil, jangan lupa ‘minta izin’ dulu ya.

PETUA TRADISIONAL RAWAT EKZEMA

Cara menggunakan daun ini adalah:

1. Cuci bersih daun solok atau daun gelenggang tersebut.

2. Kemudian guntingkan daun tersebut supaya mudah untuk dikisar.

3. Kisar kasar daun tersebut dan tambahkan sedikit air sahaja.

4. Lumur di kawasan yang gatal dan biarkan sehingga 15 hingga 20 minit sehingga kering.

5. Bila dah kering, bilas menggunakan air sahaja. Tak perlu sabun.

Hasilnya? Alhamdulillah, memang berkesan!

*Penulis menukar bahasa sarawak ini ke bahasa melayu untuk mudah difahami.

Sumber: Facebook DK Rafidah Pengiran Moon

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: